anak siapa ni?

Hari ni, anis tengah tension tak tahu nak buat apa..hendak keluar jalan-jalan tak boleh..maklumlah hujung-hujung bulan..bagi yang sudah berumahtangga faham-faham sahaja lah..

Semalam, puas anis menunggu suami balik dari kerja..selalunya dia balik awal lah juga walau pun time waktu kerja sudah habis dia masih terconggok dekat pejabat lagi buat overtime, kadang-kadang itu, timbul perasaan kesian juga dekat suami anis kerana bertungkus-lumus mencari rezeki untuk kami anak-beranak..hendak harapkan gaji biasa memang tidak cukup..tapi, dekat sini,bukan anis hendak cerita pasal cukup ke tidak kewangan kami, tapi dekat sini anis hendak cerita pasal lambatnya suami balik ke rumah dan timbul tanda tanya ke mana menghilangnya si suami ni? punyalah anis call punya call tidak di jawab..yang jawabnya suara perempuan dekat telefon tu..kata dia, "nombor yang anda dail di luar kawasan perkhidmatan"..benggangnya anis masa itu..rasanya dah sepuluh kali agaknya anis call suami anis..bukannya risau apa, takut-takut dia melencong tempat lain ke, tak..anis tak fikir ke arah tu, cuma risau keselamatan dia, atau kereta rosak dalam perjalanan ke..tapi, tiba-tiba dalam pukul dua belas lebih baru muncul..tapi, anis tak adalah nak marah-marah pok pet panjang-panjang, anis pun faham dia baru sahaja balik, tentu penat.

Jadi anis cuba tanya dia baik-baik, anis pun tidak suka gaduh-gaduh ni..cerita punya cerita rupanya dalam perjalanan balik itu, dia singgah ke sebuah pasar malam, jangkanya hendak bawa balik makanan..masa pergi itu pun dalam pukul lapan lebih..pusing punya pusing, sekali suami anis terserempak dengan seorang budak dalam lingkungan tiga tahun lebih agaknya, suami anis pun tidak tahu sangat umur sebenar budak itu..ketika itu, tiada sesiapa pun berhampiran dengan budak itu, sama ada, mak bapa atau keluarga dia..sambil menangis tidak berhenti-henti..ramai orang lalulalang dekat situ, tapi tiada siapa yang hiraukan budak itu..lalu suami anis ni tanya budak itu mana mak atau ayah dia..budak tu menangis terus tanpa berhenti..puas suami anis memujuknya supaya bagitahu mana mak ayah dia atau rumah dekat mana supaya bolehlah suami anis menghantarnya balik..tapi dia tidak bercakap..melainkan menangis..suami anis pun buat keputusan untuk tunggu budak itu sampai pasar malam tamat..semua penjual sudah berkemas barang-barangnya, tapi mak bapa budak itu masih tidak muncul..suami anis fikir mungkin anak peniaga di situ, tapi tunggu punya tunggu masih tida sesiapa yang menuntut anak tersebut..

Akhir sekali, budak itu mula reda tangisannya, suami anis pun cuba memujuknya sekali lagi supaya tunjukkan rumah dia, dengan nada pelat, dia tunjukkan rumah dia, tapi itulah sekejap dekat sini, sekejap dekat sana, dia pun tidak berapa ingat sangat rumahnya..last-last hari pun sudah jauh malam, berpusing-pusing jugalah hendak mencarinya..rupa-rupanya rumah dia selang tiga empat lorong sahaja dari pasar malam..jumpa juga..hendak tahu apa berlaku? sampai sahaja suami anis dekat rumah itu, mak ayah dan adik beradik dia tengah seronok tengok tv! tidak sedar kehilangan budak ini..kenapa boleh jadi macam ni? renung-renungkanlah..







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.