resepi ikan percik

asalamualaikum..dan selamat petang..semua pembaca yang di rahmati Allah S.W.T hendaknya..Hari ini seperti biasa..memasak, mengemas, membasuh, melipat baju dan sebagainya..menjadi rutin harian yang tak pernah putus..melainkan bila roh meninggalkan jasad..mata tertutup buat selamanya..Setiap manusia mempunyai tanggungjawab masing-masing..tanggungjawab kita sebagai isteri, suami, anak kepada ibu dan bapa..kepada rakan kita..yang bezanya tanggungjawab itu, ringan atau pun berat..tak pernah putus selagi hayat masih ada..begitu juga memasak untuk keluarga..alangkah bahagianya jika suatu masakan itu menepati selera keluarga kan? lebih-lebih lagi ianya mendapat pujian dari si suami..seronok kan? Kali ini Anis nak kongsi resepi masakan ikan percik yang menjadi kegemaran suami..dan resepi ini juga dia kata memang best..tapi bagi Anis resepi ni biasa2 je..jika sudi boleh lah cuba masakan ni lain kali ok :)..kalau ada salah silap dengan resepi ini Anis minta maaf..Anis hanyalah insan biasa..tak lari dari kesilapan..yang buruk datang dari saya..yang baik datang dariNya..



IKAN PERCIK

Bahan kisar:
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2cm halia

5 ekor ikan kembung di bersihkan
350g santan / 1 1/2 cawan santan
1 kpg asam keping
sedikit tepung jagung untuk memekatkan
1/2 sudu kecil halba
sedikit belacan
gula melaka secukup rasa
dan garam secukupnya

Cara membuatnya:

Ikan di bersihkan..panaskan santan di atas api, masak dgn api perlahan, masukkan bahan yang di kisar, lepas tu masukkan bahan2 lain kecuali tepung jagung..tepung jagung tu bancuh dulu dgn sedikit air pastu bolehlah musuk ke dalam santan tadi..kacau hingga pekat..panggang/bakar ikan tadi dan percikkan ke atas ikan sedikit demi sedikit sehingga ikan masak..ada lebihan santan tadi siram kan ke atas ikan yang telah di masukkan dalam pinggan..sedia di hidangkan..selamat mencuba ya..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.