kasih kian pudar..1

Kenapa? kenapa? kenapa??..mengapa? macamana boleh terjadi? kasih yang tersemat di dalam hati sebelum kahwin tiba-tiba menjadi pudar, layu..sebelum ini di kau lah segalanya bagiku..temanku sepanjang hayat..kini hatiku menjadi tawar, hancur luluh hatiku..kenapa kau tergamak melukakan hatiku? teganya dirimu membiarkan hatiku terus terluka..adakah patut sebuah perkahwinan di biar menjadi pudar? untuk melangkah ke alam perkahwinan bukannya mudah..segala persiapan zahir dan batin, majlis kenduri, belanja hantaran,..semua di ambil kira..bersepakat mendirikan rumahtangga bersama bermakna kita bersedia hidup bersama sepanjang hayat kita..tapi sekarang? mana janji kita untuk hidup bersama? mana?? hu..hu..hu..

kasih kian pudar

he..he..he..sebenarnya bukan kasih anis yang kian pudar..tapi dekat sini anis hendak kongsi pendapat anis betapa pentingnya sesebuah perkahwinan itu..anis sedih bila dengar atau baca sesebuah perkahwinan yang gagal seperti perkahwinan kawan baik anis si fa..tapi ia bukan kehendak nya..terpaksa minta di ceraikan kerana suami yang kaki pukul..cerita yg lalu anis ada buat n3 pasal kawan anis tu..di sebuah perkahwinan perkara kecil jgn diperbesarkan..kadang2 hal anak pun akan jd punca pgaduhan..jaga tutur kata bila bercakap dgn pasangan..jgn tinggikan suara dan buat pasangan tersinggung..jika isteri bekerja dan gaji lebih dari suami jangan ego..jangan kata " aku boleh hidup sendiri"..lakukan aktiviti bersama bg mengeratkan hubungan..terima dirinya seadanya..setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan..fikirkan kelebihan yang ada dr keburukkan..cuba perbaiki kelemahan kita demi pasangan..komunikasi itu penting..ucapkan t.kasih di atas bantuan/pemberian dari pasangan..jika korang fikir penceraian jalan keluar, fikirlah segala kebaikan dan kelebihan pasangan yg ada sekarang, adakah kebaikan/kelebihan pasangan ada pada insan lain? sampai bila kita nk yg perfect? manusia tkde yg perfect..adakah anda perfect? tanyalah diri sendiri..SAlAM..

aww..chew!!

Hari ini betul-betul membosankan..pegang itu tak kena pegang ini tak kena.maklumlah badan pun tak sihat..macam hendak demam pun ada..nasib baiklah budak2 tu okey..tapi takut juga kalau berjangkit dengan ibunya ni..tapi anis pastikan anak anis makan ubat sikit bagi mengelakkan terkena selsema dan batuk ni..tak sedap badan dah banyak hari dah..kejap okey kejap baik..tuhan nak hapuskan dosa anis kot..hari tu birthday mak anis dua tiga hari lepas..buatkan kek untuk mak tersayang..alahai buat kek coklat lembab jer..lagipun itu yang mak anis suka..tapi sorry la mak liz tak dapat hendak bagi yang special untuk mak..tapi apa pun happy birthday..untuk korang nanti anis bagi tengok gambar kek yang anis buat khas untuk mak anis..sekarang ini anis tak dapat masukkan lagi sebab anis n3 ni pakai telefon anis je..insyaallah hari minggu nanti anis masukkan gambar tu..sebelum tu anis nak kongsi resepi kentang putar yang anis buat hari tu, tapi sorry la..tak ada gambar kentang putar tu sebab anak anis dah ngap dulu dah..hu..hu..hu..ini resepinya..
Bahan-bahan:
4-5 biji ubi kentang
2 sudu besar mentega
50 gm rebusan ayam/ 1/2 cawan rebusan ayam.
1 sudu besar tepung gandum/tepung jagung-dibancuh dengan sedikit air
serbuk lada sulah dan garam secukupnya.
Cara membuatnya:
Rebus kentang dengan garam sikit hingga kentang empuk atau lembut, kupas kulitnya, lenyek kentang hingga halus lepas itu masuk garam, rebusan dan serbuk lada sulah. Gaul sebati.
Untuk sos:
Panaskan mentega kemudian masukkan bancuhan tepung jagung kacau hingga kuning/perang. Lepas itu masuk air rebusan tadi dan masak sampai pekat. Siap. Air rebusan tadi kena bahagikan dua..satu bahagian untuk kentang dan satu lagi untuk sosnya..okey selamat mencuba..kalau korang dah buat nanti bagitahulah anis hasilnya..kirim2 lah kat anis hasilnya..he..he..he..acah je..okey bye..

pot pet..pot peett..

Salam buat pembaca semua..kali ini anis hendak cerita sikit..cerita tentang masa anis baru-baru mendirikan rumah tangga..alahai cerita dah lapuk dah..tapi walaupun dah lapuk pun, anis tetap nak ceritakan juga untuk korang..masa anis dan suami mula-mula kahwin dulu..ada sahaja tidak kena..hal kecil2 pun jadi pertengkaran..bila dah bergaduh tu..dua tiga hari jugalah tidak bertegur sapa..masing2 muncung je..anis dua kali gandalah muncung tu..salah satu yang kami bertelagah pasal perbezaan pendapat..satu lagi anis ni suka berleter! tapi pembetulan..itu dulu tau..sebab apa anis tak nak berleter pada suami? suami anis pernah tanya pada anis, kalau dia berleter dekat anis..anis suka tak? tentulah tak..sesiapa pun tidak suka kalau diri sendiri dileteri..kata suami anis lagi bukankah baik kalau apa yang tidak puas hati cakap elok-elok? buat apa perlu berleter? kalau nak suami minta tolong buat kerja rumah sekalipun mestilah cakap elok2..kata suami anis lagi minta suami tolong bukan suruh suami..contohnya, "abang tolong saya angkat kain jemuran"..atau kata2 mengarah suami "abang angkat kain jemuran tu..dah kering dah"..yang mana lebih baik? dalam apa pun jangan lupa perkataan tolong..ni, anis nak cerita sikit..tentang kakak ipar anis..suami isteri dan mempunyai seorang anak..anak pun dah lepasan SPM..kerja di tempat yang sama..suaminya kata kakak ipar anis dah ada perempuan lain di tempat kerja..suami anis cuba korek cerita macamana boleh jadi macam itu..adakah kakak anis ni jenis kuat berleter? kakak ipar anis mengaku dia suka bisingkan suaminya..jadi suaminya tak tahan kena leter..lalu keluar rumah..diam-diam ada perempuan lain..kakak ipar anis nampak di cafe mereka keluar minum bersama..pendapat anis sesiapa sahaja tidak kira sebagai anak, isteri atau suami sekalipun tidak suka kalau kena leter..jagan jadikan berleter itu suatu tabiat..jangan sampai orang yang korang sayang angkat kaki..okey setakat ini saja buat kali ini..sayonara..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.