resepi ikan patin masak tempoyak; dan di sebalik cerita.....

Salam ukhwah dan salam Jumaat..

Assalamualaikum sahabat dan pembaca...

Entri kali ini Anis nak bercerita tentang masakan ikan patin tempoyak ni... Anis percaya kat luar sana ramai yang tak makan ikan patin, lebih- lebih lagi jika ianya di campurkan dengan tempoyak.. selalunya yang Anis tahu, masakan ini terkenal di negeri Pahang.. mungkin orang pahang ramai yang makan masakan ni, kan? Kalau nak di ikutkan rasanya keluarga Anis pun, bukan semua yang mengemarinya..lebih-lebih lagi mak Anis..tengah hari semalam mak Anisdatang ke rumah.. ikan ni tengah dok di sinki untuk di bersihkan.. bila dia masuk ke dapur, dia kata dia tak makan ikan patin..la..fenin juga sekejap..nak masak apa untuk jamu dia tengah hari, sebab katanya dia belum makan lagi.. last2 nak cepat, nasi dah masak, Anis buat nasi goreng kampung je..

Nampak gayanya ikan patin tempoyak Anis tu tunggu makan malam.. nasib baik la cik abang tu jenis tak memilih makan..semua dia sapu je.. risau juga takut dia tak makan.. bila tanya dia, dia makan semua yang Anis masak..alhamdullilah.. tapi terus terang Anis katakan selama Anis berkahwin ni, Anis tak pernah masak ikan patin tempoyak ni..huhu..kesian..kan? nak ikut kan makanan ni bukanlah kegemaran Anis sangat pun.. mula- mula masa menjamah makanan ni masa Anis tengok atok Anis (atok perempuan) makan ikan ni di gerai makan semasa kami makan di sebuah gerai di bandar S.. rasa teringin pula nak cuba..tapi cuma dua kali je sebelum 10 tahun yang lepas, selepas tu, ni baru la makan.. dulu lepas kahwin ada juga nak buat sendiri masakan ni, tapi tiba2 muncul pula cerita tentang penternak ikan tawar ni, bagi makan ikan ni dengan benda haram..terus tak jadi beli ..sekarang dapat rasa air tangan sendiri pula hihihi...

Masa Anis masak semalam, suami Anis baru balik dari kerja, masuk je rumah dia kata sedapnya bau... tetiba dia rasa lapar..hihi.. bau sedap tu sebab adanya daun kesun dengan bunga kantan..lagi2 di tambah dengan  tempoyak..kepada yang tak cuba makan tu, cubalah.. belum cuba belum tahu..kan?



RESEPI IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

Ikan patin seekor
Bawang besar kuning#
Bawang putih  ulas#
kunyit hidup  sebesar ibu jari..#
2-3 sudu besar tempoyak#
halia 2-3 inci#
cili padi 10-15 biji #
daun kesun 1 ikat
bunga kantan 1 kuntum
garam  secukupnya
serbuk perasa secukupnya gula
1 sudu kecil

Cara membuatnya:

Bersihkan ikan terlebih dahulu dengan asam limau dan asam jawa. Biarkan dalam rendaman selama 1-2 jam lepas tu bersihkan segala darah2 ikan hingga tiada lagi darah supaya tidak hanyir.
Tumbuk atau blander bahan yang bertanda#.
Masukan bahan kisar atau tumbuk ke dalam periuk, renihkan masukkan daun kesum,bunga kantan kemudia akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa dan gula. Siap sedia untuk di makan. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.