resepi kerabu pucuk paku


Salam Jumaat buat semua..semalam tak sempat nak up date blog Anis ni kerana keadaan tidak mengizinkan..semalam sibuk menyiapkan satu tempahan kek untuk anak rakan yang tinggal di Kerinchi..petang semalam hantar kek tu..itu pun last minit baru bagi tau..nasib baik lah dia minta buat yang simple2 je untuk anak sunti dia..Isya..hepi besday Isya..



Semalam..kek bakul kat atas ni la yang Anis buat untuk Isya itu pun last minit buat..harap berpuas hati ya..
dan semalam sempat juga masak kerabu pucuk paku, ikan goreng dengan kari ayam..masak pun serba sikit..maklumlah orang tk ramai..

Dekat sini Anis nak kongsi resepi kerabu pucuk paku, resepinya seperti di bawah:


Resepi dari: Chef Raizida Hassan
Olahan dari: Anis asliza

1 ikat pucuk paku
50g udang kering- di tumbuk lumat
10 ulas bawang merah-di hiris
5 biji cili padi - dihiris2 (ikut kepedasan masing2)
6 biji cili merah-di hiris
2 sudu teh gula-di hiris
1 biji limau nipis di ambil jusnya
1/2 biji kelapa parut- di goreng kuning dan ditumbuk (bg mewangikan kerabu)
santan sedikit dalam suku cawan - dipanaskan sebentar

Cara membuatnya:
Celur pucuk paku muda, toskan airnya, masukkan kesemua bahan2 di atas gaul rata guna sudu. Sedia di hidangkan selamat mencuba..


RESEPI GULAI AYAM


Selamat tengahari semua..semalam En somi call, Anis untuk ajak ke Kajang..ingat ajak gi berjalan2..rupa-rupanya temankan dia melawat bosnya yang di masukkan ke hospital kerana tekanan darah tingginya..tapi, walau pun tak berjalan ke mana-mana, kami sempat singgah makan sate Kajang di Sate Hj.Samuri (eh betul ke namanya) kalau salah minta ampun ya..pemiliknya..memang best..sedap banget..bila tengok anak Anis, berselera betul dia makan..ngap-ngap..tak berhenti-henti..terutama si kecik tu..kalau kat KL dorang makan sikit je sate, bila makan kat tempat tu bertambah-tambah..balik penat..masing-masingdah cari bantal..En somi pula,masa kat sana ada satu insiden..bilik air kat tempat tu, licin, jadi En Somi pun berdebuk jatuh..sampai pinggang pun sakit, tangan dia luka panjang..cian dia..balik terus sapu ubat..harap sape2 yang ke situ hati2 bila ke bilik air tu ya..okeylah kat sini Anis nak kongsi resepi yang tak seberapa ni, mungkin resepi ni biasa2 je, tapi setiap orang mempunyai resepi berbezakan? jadi ini resepi Anis yang mudah..



Gulai Ayam

*1/2 ekor ayam
*1 liter santan
*6 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih,
*4 cm halia
*4 tangkai cili merah
*kunyit hidup dalam 3cm
*serai dua batang kalau tkde masukkan daun salam 2 helai/limau purut
lengkuas 1 inci di hiris2
*kisar bahan di atas
 Panaskan minyak, tuang dalam periuk bahan di atas,masukkan ayam dan  1 keping asam keping..biar api slow..sambil tu bolehlah kawan2 lipat baju ke, menyapu ke,,tapi jangan sampai hangit pula ya..

p/s jika suka boleh masukkan kentang ke atau lobak sikit..
Selamat mencuba..


resepi keropok lekor

RESEPI KEROPOK LEKOR

asalamualaikum kawan2 dan rakan2..selamat tengah hari..entry kali betul2 pendek je, kali ini Anis nak share resepi cara membuat keropok lekor sendiri di rumah..resepi ni Anis pernah buat suatu ketiki dahulu semasa anak Anis yang besar umur 2 tahun lebih..memang dah lama..tp alhamdulilah resepi ni Anis masih lagi menyimpannya dengan baik..Harap2 ianya membantu kepada sesiapa yang ingin mencuba resepi ini.. gambar pun Anis tkde untuk paparkan di sini..sebab masa tu belum lagi berjinak-jinak dengan blog atau fb..jadi tak terfikir pun untuk menangkap gambar..oklah ni antara bahan-bahannya:

KEROPOK LEKOR

1 kg ikan kembong / selayang
200g-250g tepung kanji atau tepung sagu
garam secukupnya
sedikit air
air untuk merebus
minyak untuk mengoreng

Bahan untuk sos keropok:

2 cawan air
1 cawan gula merah
3 sudu pes cili
60ml air asam jawa
2cm belacan
sedikit garam

Cara buat:

Asingkan tulang ikan dengan isi ikan. Kisar isi ikan hingga hancur. Campurkan isi ikan tadi dengan tepung kanji dan garam.Uli sebati dan bentukkan memanjang.Kemudian jerang air hingga mendidih masukakn  keropok tadi rebus hingga timbul.Angkat dan toskan.Hiris nipis dan goreng. Siap.. selamat mencuba

ohh lupa pula..untuk sos pula, jerang kesemua sekali hingga mendidih, perlahankan api, biarkan pekat dah pekat sikit angkat..pastu...apa lagi..makan lah sedap panas2..:)

resepi pes Tom Yam Sempadan

Salam sayang buat semua pembaca..entah mengapa rasa teringin nak makan tom yam seafood ni, tom yam sea food ni memang best, memang suka sesangat2..masa Anis ke sempadan siam tempohari Anis sekeluarga singgah ke gerai yang menjual tom yam seafood ni, memang tak cukuplah satu mangkuk, pendek kata terpaksa order semangkuk lagi..sempat juga lah Anis risik2 tanya resepi pada tukang masak tu, alhamdulilah dia tak lokek orangnya..tapi bila sampai ke rumah Anis cuba resepi yang di beri, tp ada kelainan rasanya di situ, jadi Anis olah sedikit resepi tu mengikut tekak Anis sekeluarga dan seakan-akan rasanya sama seperti tom yam di sempadan..so resepi ni Anis namakan Tom Yam Seafood Sempadan..

TOM YAM SEAFOOD SEMPADAN

bahan A
100 g sotong
50g udang
ikan tenggiri 2 kelar (bkn 2 ekor tau)
sedikit bunga kobis
sebatang lobak merah
5 helai daun lamau purut
4 biji limau nipis (di perah ambil jusnya)
3 batang serai di ketuk
1 biji tomato dibelah empat
1 labu bawang besar belah empat juga
6-7 cili padi (di ketuk ) ikut kepedasan masing2
1 sudu kicap sotong
1 sudu besar serbuk perasa ayam
1 tangkai daun ketumbar (jika suka) kalau masuk daun sup pun ok
serbuk perasa secukupnya
garam secukupnya 
 (B) PES TOMYAM

7-8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji cili api merah
5 tangkai cili kering /  6-7 sudu besar cili giling
3 helai daun limau purut
2 batang serai
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

Kisar semua bahan pes tadi lepas tu tumis dengan minyak,selepas tu kisar semula bahan tadi, Jerang air masukkan pes B tadi, kemudian masukkan bahan A yang lain, masak hingga mendidih..siap..


tips: kalau boleh jangan biarkan sayur terlalu lama masak..dan daun limau purut tu jangan di biarkan masuk terus..buang urat daunnya supaya tom yam anda tidak pahit..:) selamat mencuba
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.