busy..busy..busy..

Dalam beberapa hari yang lepas anis tidak berkesempatan untuk menulis blog ni kerana anis buat kerepek popia sira atas tempahan kawan-kawan..bila ingatkan puasa sudah tidak lama lagi, macam-macam fikir dalam kepala ni..bila dah banyak fikir mulalah berserabut otak anis ni..atas kesibukkan anis pada hari-hari yang lepas, dekat sini anis sertakan gambar jika ada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan kerepek anis ni bolehlah hantarkan email anis anisasliza@gmail.com atau lebih senang bg tau je kt shoutbox yang ada kt sebelah tu..kalau hendak hubungi anis pun boleh terus sms kan aje kat 012-9338608 okey..murah aje tau..sedia di hantar ke rumah anda (kawasan kuala lumpur shj) lain-lain kawasan kita akan hantar mengunakan pos laju dan cas tambahan akan dikenakan (cas pengeposan) ;)


5S?

Dah lama juga anis tk update blog kesayangan anis ni..tapi, walau sayang-sayang, terasa nak undurkan diri dalam penulisan ni..kadang-kadang rasa membazirkan waktu untuk benda-benda macam ni..tapi bila di fikir-fikir balik, dekat sinilah tempat untuk anis luahkan segala rasa gundah gulana, suka duka anis di sini..tapi anis percaya setiap apa yang kita tulis tidak semua yang suka pada penulisan kita dan tidak kurang juga ada yang suka (ya ke?) masing-masing ada penilaian yang tersendiri kan? Okeylah dekat sini anis tak nak membuang waktu anda untuk membaca penulisan anis ni, cuma dekat sini anis hendak sambung balik cerita yang dah dua minggu rasanya anis tidak tulis iaitu tentang kemas rumah cara 5S..apa itu 5S ada sesiapa yang tahu?

5S
S1 - seiri (Sisih)
S2 - seiton ( susun )
S3 - seiso ( Sapu )
S4 - seiketsu ( seragam)
S5 - shitsuke ( sentiasa amal )

Dalam 5S ni kita boleh buat bukan sahaja di pejabat-pejabat malah di rumah, kereta dan sebagainya, caranya ialah pertama kita kena pilih barang mana yang di perlukan dan tidak diperlukan, yang tidak di perlukan kita asingkan, kedua barang yang masih perlu atau boleh digunakan kita letak di tempatnya..jangan pula kita letak barang yang ada dekat dapur kita letak dalam bilik tidur atau ruang tamu..contohnyalah..barang yang kita sentiasa guna letakkan tempat yang mudah kita ambil..jangan dah guna sesuatu barang tu kita letak merata-rata tempat..bila hendak cari balik, kan susah? sediakan tempat khas untuk sesuatu barang itu. Ketiga kita sudah agihkan mana yang perlu dan tak perlu, kita bersihkan pula tempat tersebut..dan kalau yang ada anak dah besar panjang bolehlah aturkan giliran supaya bersihkan tempat tersebut hari-hari..itu faktor seragam iaitu seiketsu sama-sama jaga kebersihan dan tempat barang itu di jaga..dan yang ke lima sentiasa amal iaitu jangan hari ini kita buat lapas dua tiga hari selepas tu tinggalkan amalan 5S tu..naaanti jadi macam sediakala lah tidak berubah langsung..sekarang tepuk dada tanya selera hati ;) okey..jumpa lagi di lain hari.. salam sayang dari anis..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.