Masa anis tiba di sana, selepas beberapa jam tiba-tiba hujan turun lebat sangat..cuaca daripada tidak berapa sejuk bertukar sejuk..menggigil...di buatnya..nasiblah bawa baju sejuk..anak sulung anis tidak berhenti-henti asyik terkucil hendak ke tandas..lepas solat dan makan, kami terus masuk ke taman tema..seratus lebih jugalah kena bayar untuk masuk ke dalam tu..tak apalah..sekali-sekala..hendak datang lagi ke genting entahkan bila..kata suami anis tunggu anis kerja pula..rasa duit gaji pertama nanti..tapi itupun kalau si asyiq ni tidak menyusu lagi..



happy birthday asyiq!

Sempena ulantahun kelahiran anak anis asyiq wafiy, kami sekeluarga pergi bercuti di genting..walaupun dia masih kecil dan tidak tahu apa-apa pasal sambutan ini, tapi anis harap bila dia sudah besar nanti dia akan tengok gambar-gambar yang kami tangkap dan video sebagai kenangan kami sekeluarga..harap dia dapat kenang bila dia dah besar nanti..kami ke sana menaiki bas..perjalanan memakan masa selama satu jam setengah..tapi kami tidak menginap di sana pun..sebab faham-faham sahajalah kosnya agak mahal sedikit maklumlah hotel..kami pergi balik hari sahaja..penat juga rasanya..kaki dah melecet-melecet di buatnya..tapi seronok..terutama sekali anak sulung anis..satu taman tema kami pusing..ini adalah antara foto-foto yang sempat anis ambil..tapi video anis belum sempat tranferkan lagi..tunggu ya..







jom pergi berjalan sambil makan-makan..

Esok, genap asyiq setahun..dah besar dah anak ibu..anis rasa macam baru semalam sahaja anak anis lahir..tidak terasa masa begitu pantas berlalu..pejam celik dah pun setahun esok..esok, anis sekeluarga akan keluar berjalan meraikan birthday anak anis, ayah budak-budak itu kenalah cuti satu hari..silap-silap cuti terus sampai ke lusa..mungkin keluar jauh dari bandar atau mungkin juga pergi ke pantai sebab si abangnya memang suka mandi laut..buat masa ini anis tidak merancang ke mana sebab tidak ada planning lagi..seronok juga keluar hiburkan hati sambil makan dekat luar sekali sekala..tidaklah rasa sunyi sangat asyik dekat rumah sahaja sekali-sekala bawalah anak-anak berjalan hiburkan hati anak-anak..nanti kalau ada kelapangan akan anis postkan gambar semasa birthday anak anis nanti..tunggu ya..tapi sebelum itu anis nak kongsi resepi dengan korang iaitu resepi mihun goreng cara anis ok..tapi resepi ini haya untuk 4-5 orang sahaja..

bahan-bahan:
setenggah bungkus mihun
bawang kecil 6 ulas - di kisar
bawang putih 2 ulas -di kisar
cili merah 3-4 batang -dikisar
udang kering 3 sudu besar -dikisar
sawi sedikit
fish ball 1 paket
fish kek 2 ketul
udang besar 7-8 ekor
ayam 100g sedikit di potong dadu kecil
telur 2 biji
sos tiram 2 sudu besar
garam dan sebuk perasa
minyak
daun saderi dan daun bawang (jika suka)
cara-caranya:

Panaskan minyak, tumis bawang, bawang putih, cili merah, udang kering yang telah dikisar.Tumis hingga berbau, masuk sedikit air, masuk sos tiram, selapas itu,masukkan ayam, fish ball, fish kek, udang, sawi, telur, hingga masak, masuk garam dan serbuk perasa secukupnya,sebelum itu rendam mihun dahulu..selepas toskan airnya, masukkan mihun ke dalam kuali kacau rata-rata..sedia untuk di hidangkan..kalau suka taburkanlah daun saderi dan daun bawang..

Dekat entry ni anis letakkan cili merah dalam resepi, sebab anak anis tidak kuat pedas..jika korang dekat luar sana hendakkan pedas, tukarkan cili merah pada cili kering atau cili boh..tapi pastikan cili merah masukkan juga untuk rasa yang lebih sedap..jika tidak percaya cubalah..resepi ini juga akan anis buat ketika birthday anak anis esok..selamat mencuba bye..

Sihat atau tidak kita hari ini..

Semalam anis ada baca satu arikel mengenai kesihatan..dalam banyak-banyak perkara tentang kesihatan, anis hendak berkongsi dengan korang kenapa kesihaan kita kena jaga? terutama sekali jantung kita..bukan sahaja kita sakit jantung kerana rokok, tapi makanan yang kita makan pun, kita kena tengok adakah mengandungi banyak kolestrol atau tidak..apa yang kia masak pun kita mesti pilih bahan yang terbaik..dekat ruangan ini, anis hendak berkongsi dengan korang semua bagaimana hendak memilih barang unuk di masak..nak tau tip-tipnya? jom..

Pemilihan sayur-sayuran

bawang
-pilih pangkalnya tidak busuk atau lembik
-baunya tidak berubah, kadang-kadang di luar kelihatan baik, tetapi di dalam busuk
-tidak berair langsung

tomato
-agak kehijauan sedikit,tomato ini agak padat.

kobis
-rongga-rongganya agak besar bila potong dan ringan.

timun
-jangan pilih yang bengkok
-hujungnya tidak terlalu hijau, kerana jika hijau agak pahit sedikit.

Anis harap jika korang dekat luar sana hendak memilih sayuran di kedai atau pasar, pilih yang tidak berkudis, kelihatan baru dan segar, tidak tua atau muda sangat atau sayuran yang dimakan ulat iaitu berlubang-lubang..anis harap petua atau tip ini dapat menghindarkan kita dari sebarang penyakit..akan datang akan anis bagi petua di dapur yang lain pula..rajin-rajinlah kunjung ke blog anis lagi ya..sekurang-kurangnya tambah lagi trafik blog anis ni:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.