Entry yang lepas-lepas anis ada cerita tentang suami anis ke Langkawi atas urusan kerja..balik sahaja daripada Langkawi dia belikan anis dan anak-anak coklat..memang anis cukup suka coklat tu..ferero rocher..dan periuk non stick..memang dari dulu lagi anis cakap dengan dia teringgin hendak ada satu periuk macam tu..sebab anis cakap dengan suami anis masak bubur untu anak selalu sahaja melekat..tidak sangka pula dia belikan untuk anis..memang senang cuci tidak payah rendam lama-lama untuk keluarkan kerak dekat periuk lagi..terima kasih banyak-banyak pada suami anis..senang sikit kerja anis..nanti senang-senang anis akan bagi gambar lama dan terkini anis sekeluarga..kali ini anis tidak dapat masukkan kerana pembaca kad anis, suami anis bawa dan tertinggal di pejabatnya..
Ini, anis hendak cerita sikit sebagai renungan..dua tiga hari lepas berlaku suatu peristiwa dekat rumah anis..tapi peristiwa ni betul-betul mengejutkan anis..ceritanya mengenai jiran sebelah rumah anis..jiran anis ini bukannya anis kenal rapat pun..macamana hendak kenal rapat..suami isteri ini keluar rumah awal pagi subuh..balik lewat malam..hari cuti pun jarang sekali terserempak..bila satu hari itu, terserempak, anis cuba senyum sebagai permulaan perhubungan dengan si isteri, tetapi langsung tidak membalas..anis rasa mungkin dia tidak ada hati untuk bergaul dengan jiran tetangga..sampai sekarang anis masih tidak tahu nama suaminya mahupun isteri dan anak-anaknya..terukkah anis ini? sampai nama jiran pun tidak tahu..suatu pagi tu, anis dengarlah kecoh-kecoh dekat luar tu..memang bising..sampai anak anis yang kecil pun terjaga..tapi, masa itu anis langsung tidak ambil pusing kekecohan tersebut sebabnya anak anis menangis dan hendak menyusu untuk tidur semula..esoknya balik dari kerja suani anis tanya anis..dekat kawasan kita ni ada ke tak benda besar berlaku? anis jawab tak ada pun..apa dia anis tanya balik pada suami..jiran sebelah rumah kita kena tangkap khalwat..isterinya bersama lelaki lain..suaminya sendiri dengan pejabat agama datang serbu..laa...macamana boleh berlaku? memang tak sangka..si suami memang dah lama syak isterinya ada orang lain..hee..seram anis dengar..minta-minta di jauhkanlah kita suami isteri berlaku seperti itu..anis pun tidak tahu kenapa boleh berlaku macam itu..adakah hilangnya sifat ingin memiliki? adakah hilangnya perhatian pasangan? adakah merasakan pasangan sudah hilang kasih sayang? tiada lagi sifat menghargai pasangan?adakah pasangan masih di hati kita? atau sekadar suka-suka? anis cuma boleh nasihat, fikirlah..jika anda dekat luar sana ada terfikir atau terlintas...lupakan sahaja hasrat itu..fikirkan pahala dosa..berbincanglah secara baik dengan pasangan..jika, anda lihat catatan anis yang terdahulu..cerita kawan suami anis..yang isterinya berfoya-foya..anda akan tahu apa akibatnya..cerita itu akan jadi iktibar pada kita semua..jangan letakkan kesalahan atau pertengkaran di bahu pasangan..cuba kita fikir adakah kita ini langsung tidakbersalah? atau kita ini sempurna dari segala hal? tiada manusia yang sempura..semuanya ada kekurangan dan kelebihan masing-masing..kita patut bersyukur apa yang kita miliki..dan yang penting jangan bandingkan kita dengan orang lain..ini akan menjadikan kita manusia yang tidak bersyukur di atas ketentuanNYA..okey sampai di sini buat kali ini..salam hormat..bye...:)
kenangan
Kenagan Bersama..keluarga Tersayang.. Slideshow: Anis’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 2 cities Sabah and Sarawak was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.
gambar-gambar dekat atas tu anis ambil semasa anis ke sabah dan sarawak dua tahun tiga tahun yang lepas semasa anak sulung anis berumur setahun lebih..itulah antara kenagan kami..entah bila lagi kami akan ke sana lagi..insyaalah kalau ada rezeki lebih dan anak ke dua anis pun dah besar mungkin kami akan pergi bersama lagi..rasa tidak puas pergi ke sana maklumlah pergi pun ramai-ramai ikut rombongan KMK..kalau kami pergi pun lain kali dengan family je.. baru puas sikit berjalan kan..akan datang anis masukkan gambar yang anis ambil semasa pergi ke genting dan video anak ke dua anis baru pandai berjalan..kali ini anis tidak dapat masukkan..lain kali sahaja okey bye..
gambar-gambar dekat atas tu anis ambil semasa anis ke sabah dan sarawak dua tahun tiga tahun yang lepas semasa anak sulung anis berumur setahun lebih..itulah antara kenagan kami..entah bila lagi kami akan ke sana lagi..insyaalah kalau ada rezeki lebih dan anak ke dua anis pun dah besar mungkin kami akan pergi bersama lagi..rasa tidak puas pergi ke sana maklumlah pergi pun ramai-ramai ikut rombongan KMK..kalau kami pergi pun lain kali dengan family je.. baru puas sikit berjalan kan..akan datang anis masukkan gambar yang anis ambil semasa pergi ke genting dan video anak ke dua anis baru pandai berjalan..kali ini anis tidak dapat masukkan..lain kali sahaja okey bye..
gaduh?
Memang diakui, dalam kehidupan berumahtangga, kita tidak boleh lari daripada bertengkar dan keadaan yang tidak puas hati, bertegang urat..sedangkan lidah lagikan tergigit..ini pula suami isteri..setelah bergelar suami isteri, ada sahaja bahan yang boleh mencetuskan pergaduhan..bila silap sikit suara sudah mula meninggi..ada juga hal yang tidak puas hati isteri iaitu suami tidak pernah membantu dalam kerja rumah..isteri tidak memasak, malas meengemas rumah, hal berkaitan anak-anak juga punca bergaduh..
Hari itu suami anis ada bercerita tentang seorang kawan dia, kawan dia ini hendak kata kawan rapat tidak lah juga..tetapi kawan suami anis meluahkan rasa tidak puas hatinya pada suami anis kerana rasa tidak puas hatinya itu mengenai isterinya..dia rasa bosan dengan isterinya, bukannya pasal apa..sebabnya isteri kawan suami anis itu tidak pernah memasak..melainkan makan di luar sahaja, bila time mengemas, kawan suami anis yang mengemas rumah..mereka berdua ini bekerja..kata kawan suami anis ini lagi, isterinya tidak pernah mengemas rumah..kain baju bertimbun, pinggan mangkuk bersepah di sinki tidak bercuci..balik kerja terus duduk mengadap tv..jadi kawan suami anis ini bosan dengan keadaan rumah yang bersepah..jadi dia yang mengambil alih tugas isterinya..bukan tidak pernah tegur bila ditegur melenting..jadi, dialah yang uruskan semuanya..dia sudah malas hendak rumah..bila dia rasa tension dia keluar rumah habiskan masa bersama kawan-kawan bermain bola atau ping-pong..kesian juga anis mendengar cerita suami anis..kenapa boleh jadi macam itu? penat sangatkah? tanya suami anis pada anis sampai lepaskan tanggunjawab isteri pada suami? adakah menguruskan rumahtangga tanggungjawab suami? di mana tanggungjawab isteri di sini? menguruskan rumahtangga adalah tugas seorang isteri suami hanya boleh membantu jika isteri itu penat bukan melepaskan terus pada suami buat segalanya..betul tak? dekat sini anis hendak kongsi info pasda anda semua kenapa pergaduhan boleh terjadi...info ini anis dapat dari sebuah majalah..
Hari itu suami anis ada bercerita tentang seorang kawan dia, kawan dia ini hendak kata kawan rapat tidak lah juga..tetapi kawan suami anis meluahkan rasa tidak puas hatinya pada suami anis kerana rasa tidak puas hatinya itu mengenai isterinya..dia rasa bosan dengan isterinya, bukannya pasal apa..sebabnya isteri kawan suami anis itu tidak pernah memasak..melainkan makan di luar sahaja, bila time mengemas, kawan suami anis yang mengemas rumah..mereka berdua ini bekerja..kata kawan suami anis ini lagi, isterinya tidak pernah mengemas rumah..kain baju bertimbun, pinggan mangkuk bersepah di sinki tidak bercuci..balik kerja terus duduk mengadap tv..jadi kawan suami anis ini bosan dengan keadaan rumah yang bersepah..jadi dia yang mengambil alih tugas isterinya..bukan tidak pernah tegur bila ditegur melenting..jadi, dialah yang uruskan semuanya..dia sudah malas hendak rumah..bila dia rasa tension dia keluar rumah habiskan masa bersama kawan-kawan bermain bola atau ping-pong..kesian juga anis mendengar cerita suami anis..kenapa boleh jadi macam itu? penat sangatkah? tanya suami anis pada anis sampai lepaskan tanggunjawab isteri pada suami? adakah menguruskan rumahtangga tanggungjawab suami? di mana tanggungjawab isteri di sini? menguruskan rumahtangga adalah tugas seorang isteri suami hanya boleh membantu jika isteri itu penat bukan melepaskan terus pada suami buat segalanya..betul tak? dekat sini anis hendak kongsi info pasda anda semua kenapa pergaduhan boleh terjadi...info ini anis dapat dari sebuah majalah..
- salah seorang atau kedua-duanya tidak mempunyai persediaan secukupnya sebagai suami isteri
- tidak mengetahui hak masing-masing seperti tugas mengemas, mengosok baju adalah tugas isteri dan suami hanya boleh membantu.
- campur tangan pihak ketiga sepeti adik-beradik, mak mentua, saudara atau jiran
- masalah kewangan keluarga dan pasangan tidak dapat menyelesaikannya.
- tidak berteru-terang mengenai sesuatu perkara dan menyimpan dalm hati, lama kelamaan akan menjadi barah dalam rumah tangga.
- tiada persefahaman lagi menyebabkan masing-masing tidak boleh menerima apa juga perlakuan pasangan.
- keras kepala dan tidak mahu mengalah. ini kerana ego yang terlalu tinggi.
- hal anak-anak yang kadang kala memeningkan.
- sikap salah seorang yang panas baran dan cepat melenting bila salah seorang buat silap.
- sukar memaafkan pasangan menyebabkan masalah sukar untuk di selesaikan.
yaahooo...
Malam ini, husband anis balik..tak sabar rasanya..mudah-mudahan dia selamat sampai..baru sekejap tadi husband call, katanya sudah berada di rawang sekarang ini..tidak tahulah apa yang dia bawa ole2 dari sana..harap-harap dia bawa coklat..anis memang suka makan coklat..anak-anak anis pun macam itu juga..anis jarang minta apa2..kalau dia belikan apa-apa anis terima sahaja..bukankah tidak elok jika kita sebagai isteri meminta-minta pada suami? minta barang kemas, intan berlian..yang tidak mampu suami belikan..ada tu anis dengar kawan pada kawan anis, suaminya sampai berhutang sana sini untuk memuaskan hati kehendak isteri..dia tidak kira suami susah atau tidak..yang penting hati senang..memanglah tanggungjawab suami memberi nafkah..tetapi janganlah sampai membebankan suami kita..kesianlah dekat suami tu..suami anis masa hendak pergi tanya anis, hendak beli apa? anis jawab apa2 ajelah..kalau tak beli apa2 pun tak apa..yang penting selamat pergi dan balik..anis tak nak bebankannya..okeylah anis tak nak celoteh panjang, sebab lepas ini anis hendak jemput suami..adios..
kehidupan yang sepi..
Hu..huu..huu.. sedihnya hati anis hari ini suami tiada di sisi..semalam dia sudah pun bertolak dari pejabatnya menaiki bas ke Langkawi atas urusan kerja..iaitu mengajar kumpulan KIK..tinggallah anis dan anak-anak..semalam dia bertolak dalam pukul 12 tengah malam..pagi tadi dia call anis, dia kata sudah pun selamat sampai ke Langkawi..kalau ada rezeki lagi kami sekeluarga akan ke sana lagi.sebelum ini kali terakhir anis sekeluarga pergi ketika anis mengandungkan anak anis yang ke dua semasa kandungan berusia 7 bulan..takut juga masa..takut ada masalah lain sebab perjalanan pun agak jauh juga..takut juga terbersalin awal..sumi anis ke sana ini rasa rindu kat dia he..he..he..nasib baiklah anak ada kurang sikit perasaan rindu tu..macam orang bercinta pula..bagi anis tidak salah kalau ada rasa cinta..sebab ia akan mengeratkan lagi hubunga kita dengan suami..jangan makin lama berkahwin makin pudar cinta dan sayang itu..kalau boleh biarlah kita pupuk perasaan itu sampai bila-bila..jangan biarkan cinta itu pudar di telan masa..okeylah anis tak hendak lah berjiwang pula dekat sini..nanti ada pula yang menyampah atau meluat..dekat sini anis hendak kongsi beberapa petua untuk anda semua..hendak petua tak? jom tengok apa dia..
MENGHILANGKAN BAU PELUH
Bagi sesiapa yang malu dengan bau peluh bila berjalan atau dalam penggangkutan awam..pakai minyak wangi pun tidak berkesan ini adalah petua untuk hilangkan bau tersebut:
CARANYA;
4 helai daun limau nipis, segenggam daun jambu batu di bersihkan lalu di hiris halus dan ditumbuk kemudia gosok-gosokkan pada badan atau ketiak biarkan berapa minit dan selepas itu mandi seperti biasa.
KHASIAT DAUN PEGAGA
Pegaga siapa tidak kenal dengan ulam pegaga? banyak khasiat yang terdapat dalam duan ulaman ini anataranya boleh serikan wajah, kecutkan peranakan, menghilangkan bintik-binti hitam di muka, kencing manis dan darah tinggi..
Bagi yang hendk kecutkan peranakan makan pucuk pegaga selepas kedatangan haid di buat gulai atau makan sebagai ulan..insyaalah..anis pun sedang mengamalkan ulaman pegaga ini sebagai ubat yang baik untuk kesihatn dan kecantikan kita..
MENGHILANGKAN BAU PELUH
Bagi sesiapa yang malu dengan bau peluh bila berjalan atau dalam penggangkutan awam..pakai minyak wangi pun tidak berkesan ini adalah petua untuk hilangkan bau tersebut:
CARANYA;
4 helai daun limau nipis, segenggam daun jambu batu di bersihkan lalu di hiris halus dan ditumbuk kemudia gosok-gosokkan pada badan atau ketiak biarkan berapa minit dan selepas itu mandi seperti biasa.
KHASIAT DAUN PEGAGA
Pegaga siapa tidak kenal dengan ulam pegaga? banyak khasiat yang terdapat dalam duan ulaman ini anataranya boleh serikan wajah, kecutkan peranakan, menghilangkan bintik-binti hitam di muka, kencing manis dan darah tinggi..
Bagi yang hendk kecutkan peranakan makan pucuk pegaga selepas kedatangan haid di buat gulai atau makan sebagai ulan..insyaalah..anis pun sedang mengamalkan ulaman pegaga ini sebagai ubat yang baik untuk kesihatn dan kecantikan kita..
selamat pergi dan selamat kembali..
Salam buat pembaca semua..apa khabar anda sekalian? hari ini anis sedih sangat..sebabnya anis dapat berita suami anis hendak pergi tinggalkan anis...tapi, jangan suspen..dia pergi pun sebab mengajar kursus di Langkawi.. sebelum ini pun dia pernah bawa anis bersama anak ke tempat dia mengajar kursus tersebut tetapi, malangnya kali ini anis tidak berpeluang mengikuti dia lagi..sebab mungkin bajet Jabatan tempat dia bekerja kekurangan sikit..sebelum ini dia bawa anis sekali ke Langkawi, Sabah dan Sarawak dan banyak juga tempat yang dia bawa anis dan anak-anak..sampai anak anis yang sulung kumpulan yang suami anis mengajar itu mengelarkannya anak KMK..sebabnya suami anis ini salah seorang tenaga pengajar KMK (KIK) sekarang ini..ada juga yang orang luar selain dari jabatan memanggilnya untuk bagi ceramah tentang KMK atau mengajar KMK..kalau ada sesiapa atau syarikat yang inginkan khidmat tenaga pengajar dari suami anis bolehlah hantar email pada suami anis: kendiemas200559@gmail.com sebelum ini banyak yang dia mengajar, berjaya peringkat kebangsaan..alhamdulilah rezeki dia mengajar..anis pun tumpang gembira juga..esok malam dia dah berangkat ke Langkawi menaiki bas Jabatan bersama kumpulan yang dia mengajar..anis harap dia sampai dan pulang dengan selamat..selama empat hari itu tentu anis rasa sunyi hanya anak-anak sahaja peneman di kala ketiadaan suami anis..hendak ke rumah emak anis takut mengganggu dia pula.. bukannya apa tahu sahajalah anak anis yang sulung ini ganas sikit takut penat atoknya melayan karenahnya..kalau tidak minta -apa-apa dari atoknya tidak mengapalah..ini asyik minta itu ini sahaja..atoknya ikutkan sahaja kehendak anak anis tu kadang-kadang geram jugalah..anak anis ini tahu hendak meminta sahaja dia bukan tahu orang itu ada ongkos ke tidak..sabar ajelah ya mak..
tidur dekat dengan siapa?
Sedar tidak sedar sudah empat tahun dah anak sulung anis..yang si kecil pun dah pandai berjalan..tapi jalan pun macam robot jer..tak macam abangnya dulu dapat kaki jalan laju jer..anak anis yang sulung ini bila hendak tidur memang payah..kadang-kadang anis sampai ugut dia kalau tak nak tidur, anis hantar tidur dekat luar rumah..(tapi itu cuma acah aje)..tak akan tergamak anis hendak hantar anak sendiri tidur dekat luar kan? tapi sekarang ini anis cuba ajar dia untuk tidur sendiri tanpa anis atau suami anis...sebelum ini si firas tidur dengan ayahnya..manakala anis tidur dengan si kecil wafiy..hendak tidur satu katil empat orang..memang tak muat..sekarang ini anis rasa anis patut ajar si firas untuk tidur sendiri..sampai bila kan dia hendak tidur dengan anis atau suami anis? dia pun dah besar..kenalah belajar dari sekarang kalau tidak bila lagi..tapi setakat ini alhamdulilah dia boleh tidur tanpa anis mahu pun suami..pada mulanya memang dia takut..taku gelaplah..takut ini lah itulah..tapi anis katakan sampai bila dia harus tidur dengan ibu dan ayah..anis katakan padanya firas mesti jadi anak yang berani..kuat..dan tak ada apa-apa yang perlu di takutkan..setakat ini sudah tiga minggu dia tidur sendiri..anda di luar sana macamana pula? adakah senang berenggang tidur dengan anda atau sukar? kongsi-kongsilah dengan anis..okeylah..dekat sini anis hendak kongsi resepi sedikit dengan anda. Resepi ikan masak asam pedas cara anis..
ASAM PEDAS
Ikan selar/kembung ( ikut suka) 5-6 ekor
Asam jawa sedikit
cili kering 7-8 tangkai-di kisar
daun kesum 3-4 batang
bunga kantan 1 batang ( jika suka )
bawang merah 6-7 biji
bawang putih 2 ulas- di hiris
cili merah 2 batang - di kisar
bawang besar kuning 1 biji - di kisar
halia sebesar ibu jari
kunyit sebesar ibu jari
bende 10 biji
garam secukup rasa
cara membuatnya:
kisar bahan seperti cili, halia, kunyit,bawang besar, hiris bawang merah, bawang putih, bunga kantan, tumis bawang merah dan bawang putih masukan bahan yang di kisar tumis higga garing masuk air masuk asam jawa ikan, daun kesum bunga kantan masak hingga mendidih jika suka masukkan tomato dua biji kemudian masukkan bende..masak dan sedia di hidangkan.Ikan terpulang sama ada ikan tenggiri pun boleh..seimbangkan pedas dan masamnya..jangan pula lupa letak garam dan serbuk perasa jika suka.selamat mencuba resepi dari anis.
ASAM PEDAS
Ikan selar/kembung ( ikut suka) 5-6 ekor
Asam jawa sedikit
cili kering 7-8 tangkai-di kisar
daun kesum 3-4 batang
bunga kantan 1 batang ( jika suka )
bawang merah 6-7 biji
bawang putih 2 ulas- di hiris
cili merah 2 batang - di kisar
bawang besar kuning 1 biji - di kisar
halia sebesar ibu jari
kunyit sebesar ibu jari
bende 10 biji
garam secukup rasa
cara membuatnya:
kisar bahan seperti cili, halia, kunyit,bawang besar, hiris bawang merah, bawang putih, bunga kantan, tumis bawang merah dan bawang putih masukan bahan yang di kisar tumis higga garing masuk air masuk asam jawa ikan, daun kesum bunga kantan masak hingga mendidih jika suka masukkan tomato dua biji kemudian masukkan bende..masak dan sedia di hidangkan.Ikan terpulang sama ada ikan tenggiri pun boleh..seimbangkan pedas dan masamnya..jangan pula lupa letak garam dan serbuk perasa jika suka.selamat mencuba resepi dari anis.
N3 yang lepas-lepas anis hendak bagi satu gambar satu kek yang anis buat khas buat mak anis kek coklat moist..kek ni khas anis buat untuk mak..tak lama pula birthday my husband pula..tak tau planning macamna lagi..jauh lagi bulan lima..mungkin pergi jalan-jalan kot..anis pernah cakap dengan husband bulan lima nanti kita ke langkawi ke..tapi tak tau lah lagi..sebab dia ini mengalahkan orang besar-besar sibuk memanjang..hari sabtu minggu pun kerja..tapi anis tidak risau sebab anis pun ikut sama..bukannya anis hendak ikat suami atau kongkong dia..bagi anis ianya akan mengeratkan lagi hubungan suami isteri..kalau time pejabat, dia memang balik lambat..kerja lebih masa.. anis tidak kisah asalkan dia tidak buat benda bukan-bukan sudahlah..anis tidak pernah kongkong suami anis..dia bebas ke mana sahaja dia hendak pergi..suami ini kita tidak boleh selalu kawal..dia akan jadi bosan pula dengan kita..okeylah anis tak nak membebel panjang jela nanti bosan pula korang baca..kan?..ha..tengok tu..dah mula bosan tu..okeylah anis tunjukkan hasil kek yang anis buat hari itu..ini hasilnya..
Hari itu, ada acara di putrajaya hot ballon..sayangnya anis tidak dapat melihat hot ballon tersebut,,sebabanya anis tiba di sana pun kul 11 lebih.. hot ballon tu pagi lagi kul 7 pagi dah start.. lepas tu kul 6 petang baru ada balik..jadi kami pun balik sahajalah..cuma dapat tengok ini aje..
tak apalah jadilah dah sampai..tengok layang-layang pun jadilah..darpada tak dapat langsung ..tapi hati rasa ralat juga tak dapat naik hot ballon tu..ini sahaja yang anis dapat snap untuk tatapan korang..
kasih kian pudar..1
Kenapa? kenapa? kenapa??..mengapa? macamana boleh terjadi? kasih yang tersemat di dalam hati sebelum kahwin tiba-tiba menjadi pudar, layu..sebelum ini di kau lah segalanya bagiku..temanku sepanjang hayat..kini hatiku menjadi tawar, hancur luluh hatiku..kenapa kau tergamak melukakan hatiku? teganya dirimu membiarkan hatiku terus terluka..adakah patut sebuah perkahwinan di biar menjadi pudar? untuk melangkah ke alam perkahwinan bukannya mudah..segala persiapan zahir dan batin, majlis kenduri, belanja hantaran,..semua di ambil kira..bersepakat mendirikan rumahtangga bersama bermakna kita bersedia hidup bersama sepanjang hayat kita..tapi sekarang? mana janji kita untuk hidup bersama? mana?? hu..hu..hu..
kasih kian pudar
he..he..he..sebenarnya bukan kasih anis yang kian pudar..tapi dekat sini anis hendak kongsi pendapat anis betapa pentingnya sesebuah perkahwinan itu..anis sedih bila dengar atau baca sesebuah perkahwinan yang gagal seperti perkahwinan kawan baik anis si fa..tapi ia bukan kehendak nya..terpaksa minta di ceraikan kerana suami yang kaki pukul..cerita yg lalu anis ada buat n3 pasal kawan anis tu..di sebuah perkahwinan perkara kecil jgn diperbesarkan..kadang2 hal anak pun akan jd punca pgaduhan..jaga tutur kata bila bercakap dgn pasangan..jgn tinggikan suara dan buat pasangan tersinggung..jika isteri bekerja dan gaji lebih dari suami jangan ego..jangan kata " aku boleh hidup sendiri"..lakukan aktiviti bersama bg mengeratkan hubungan..terima dirinya seadanya..setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan..fikirkan kelebihan yang ada dr keburukkan..cuba perbaiki kelemahan kita demi pasangan..komunikasi itu penting..ucapkan t.kasih di atas bantuan/pemberian dari pasangan..jika korang fikir penceraian jalan keluar, fikirlah segala kebaikan dan kelebihan pasangan yg ada sekarang, adakah kebaikan/kelebihan pasangan ada pada insan lain? sampai bila kita nk yg perfect? manusia tkde yg perfect..adakah anda perfect? tanyalah diri sendiri..SAlAM..
aww..chew!!
Hari ini betul-betul membosankan..pegang itu tak kena pegang ini tak kena.maklumlah badan pun tak sihat..macam hendak demam pun ada..nasib baiklah budak2 tu okey..tapi takut juga kalau berjangkit dengan ibunya ni..tapi anis pastikan anak anis makan ubat sikit bagi mengelakkan terkena selsema dan batuk ni..tak sedap badan dah banyak hari dah..kejap okey kejap baik..tuhan nak hapuskan dosa anis kot..hari tu birthday mak anis dua tiga hari lepas..buatkan kek untuk mak tersayang..alahai buat kek coklat lembab jer..lagipun itu yang mak anis suka..tapi sorry la mak liz tak dapat hendak bagi yang special untuk mak..tapi apa pun happy birthday..untuk korang nanti anis bagi tengok gambar kek yang anis buat khas untuk mak anis..sekarang ini anis tak dapat masukkan lagi sebab anis n3 ni pakai telefon anis je..insyaallah hari minggu nanti anis masukkan gambar tu..sebelum tu anis nak kongsi resepi kentang putar yang anis buat hari tu, tapi sorry la..tak ada gambar kentang putar tu sebab anak anis dah ngap dulu dah..hu..hu..hu..ini resepinya..
Bahan-bahan:
4-5 biji ubi kentang
2 sudu besar mentega
50 gm rebusan ayam/ 1/2 cawan rebusan ayam.
1 sudu besar tepung gandum/tepung jagung-dibancuh dengan sedikit air
serbuk lada sulah dan garam secukupnya.
Cara membuatnya:
Rebus kentang dengan garam sikit hingga kentang empuk atau lembut, kupas kulitnya, lenyek kentang hingga halus lepas itu masuk garam, rebusan dan serbuk lada sulah. Gaul sebati.
Untuk sos:
Panaskan mentega kemudian masukkan bancuhan tepung jagung kacau hingga kuning/perang. Lepas itu masuk air rebusan tadi dan masak sampai pekat. Siap. Air rebusan tadi kena bahagikan dua..satu bahagian untuk kentang dan satu lagi untuk sosnya..okey selamat mencuba..kalau korang dah buat nanti bagitahulah anis hasilnya..kirim2 lah kat anis hasilnya..he..he..he..acah je..okey bye..
Bahan-bahan:
4-5 biji ubi kentang
2 sudu besar mentega
50 gm rebusan ayam/ 1/2 cawan rebusan ayam.
1 sudu besar tepung gandum/tepung jagung-dibancuh dengan sedikit air
serbuk lada sulah dan garam secukupnya.
Cara membuatnya:
Rebus kentang dengan garam sikit hingga kentang empuk atau lembut, kupas kulitnya, lenyek kentang hingga halus lepas itu masuk garam, rebusan dan serbuk lada sulah. Gaul sebati.
Untuk sos:
Panaskan mentega kemudian masukkan bancuhan tepung jagung kacau hingga kuning/perang. Lepas itu masuk air rebusan tadi dan masak sampai pekat. Siap. Air rebusan tadi kena bahagikan dua..satu bahagian untuk kentang dan satu lagi untuk sosnya..okey selamat mencuba..kalau korang dah buat nanti bagitahulah anis hasilnya..kirim2 lah kat anis hasilnya..he..he..he..acah je..okey bye..
pot pet..pot peett..
Salam buat pembaca semua..kali ini anis hendak cerita sikit..cerita tentang masa anis baru-baru mendirikan rumah tangga..alahai cerita dah lapuk dah..tapi walaupun dah lapuk pun, anis tetap nak ceritakan juga untuk korang..masa anis dan suami mula-mula kahwin dulu..ada sahaja tidak kena..hal kecil2 pun jadi pertengkaran..bila dah bergaduh tu..dua tiga hari jugalah tidak bertegur sapa..masing2 muncung je..anis dua kali gandalah muncung tu..salah satu yang kami bertelagah pasal perbezaan pendapat..satu lagi anis ni suka berleter! tapi pembetulan..itu dulu tau..sebab apa anis tak nak berleter pada suami? suami anis pernah tanya pada anis, kalau dia berleter dekat anis..anis suka tak? tentulah tak..sesiapa pun tidak suka kalau diri sendiri dileteri..kata suami anis lagi bukankah baik kalau apa yang tidak puas hati cakap elok-elok? buat apa perlu berleter? kalau nak suami minta tolong buat kerja rumah sekalipun mestilah cakap elok2..kata suami anis lagi minta suami tolong bukan suruh suami..contohnya, "abang tolong saya angkat kain jemuran"..atau kata2 mengarah suami "abang angkat kain jemuran tu..dah kering dah"..yang mana lebih baik? dalam apa pun jangan lupa perkataan tolong..ni, anis nak cerita sikit..tentang kakak ipar anis..suami isteri dan mempunyai seorang anak..anak pun dah lepasan SPM..kerja di tempat yang sama..suaminya kata kakak ipar anis dah ada perempuan lain di tempat kerja..suami anis cuba korek cerita macamana boleh jadi macam itu..adakah kakak anis ni jenis kuat berleter? kakak ipar anis mengaku dia suka bisingkan suaminya..jadi suaminya tak tahan kena leter..lalu keluar rumah..diam-diam ada perempuan lain..kakak ipar anis nampak di cafe mereka keluar minum bersama..pendapat anis sesiapa sahaja tidak kira sebagai anak, isteri atau suami sekalipun tidak suka kalau kena leter..jagan jadikan berleter itu suatu tabiat..jangan sampai orang yang korang sayang angkat kaki..okey setakat ini saja buat kali ini..sayonara..
petua dari dapur..
Sudah lama rasanya anis tak buat kentang goreng sendiri dan kentang putar..anak anis cukup suka makan kentang putar..kadang-kadangkalau ada perasaan m dalam diri tu..beli aje kat luar..tapi kali ini anis nak buat sendiri untuk minum petang-petang ni..dekat sini anis nak kongsi serba sedikit tentang beberapa petua..sesetengah orang masih tidak dapat membezakan kentang..kentang ada berbagai warna dan cara masaknya..kentang berkulit kuning bisanya ianya telah di bersihkan sebelum di jual, kentang biasadari holland atau USA sesuai di masak sup, kari,atau apa saja masakan..kentang berkulit merah isinya gebu dan sesuai di rebus untuk di buat kentang bakar atau kentang putar manakala kulitnya bolehlah di buat jacket pototoes.
Hari itu kawan anis tanya pada anis apa bezanya yis dan ragi? sebab dia teringin hendak buat pizza..dan dia tanya anis macamana nak buat pizza sebab dia tidak pernah buat..anis bagilah resepi anis dekat dia.. tapi anis katakan kalau tak tengok sendiri cara buatnya mungkin susah sikit..terkial-kial lah juga nanti..jadi anis bagi terus resepi itu..ini anis nak bagi info sikit antara yis dan ragi ialah sama sahaja tetapi ragi gunanya untuk membuat tapai dan bentuknya bulat berwarna putih kecil. Ianya perlu di hancurkan dan di tapis ke atas pulut (untuk tapai pulut) atau ubi untuk tapai ubi..Yis digunakan untuk membuat roti ia dikenali sebagai ibu roti. Terdapat dua jenis yia iaitu yis basah dan yis kering iaitu berbentuksebuk seperti mauripan. Yis basah mesti dibarkan pada suhu bilik, dicampurkan air suamdan gula kemudian dibiarkan hingga berbuih barulah digaul dengan tepung. Sementara yis segera boloeh terus di campurkan ke dalam adunan dan terus di uli. Nak resepi anis? Kalau nak resepi piza bolehlah terus email pada anis..anisasliza@gmail.com.
bila anak di taska..
Semalam..selepas suami anis balik dari kerja, terus dia ambil anak anis muhammad dhiya firas dari taska..suami anis cakap, dhia tak nangis lagi bila ditinggalkan ditaska..tapi, cuma nak bangun pagi2 tu memang liat nak bangun..pagi2 bangun mesti nangis..si asyiq kalau abgnya bangun dia pun apa lagi ikut juga bangun..macam dia pulak nak ke taska..dah beberapa minggu, dhia tak menangis lagi bila tiba di taska..tapi..apa yang mengejutkan anis nak tahu? suami anis cakap, cikgu mengadu yang dhia gigit kawan..ganas betul anak anis ni..sampai kawan dia menangis..bila di tanya kenapa gigit kawan? kata dhia "kawan kacau abg"..ni gara2 selalu sangat tengok cite ultraman..nasib la sekarang ni kat tv atau astro ceria pun dah kurang ada cite ultraman..kalau tidak ultraman ajelah yang dia tahu tak kira mainan ke pakaian ke semua nak yg ultraman..
cemburu ke?
salam buat pembaca semua..hari ni anis hendak tanya korang semua..siapakah lebih cemburu? Lelaki ke wanita yang lebih cemburu? Anis rasa kita sebagai manusia semuanya sama..tidak kira lelaki ke wanita ada rasa sifat cemburu pada pasangan..tetapi yang penting cemburu itu ada batasannya..jangan berlebihan..suatu hari itu, anis keluar bersama suami anis naik kereta..berhenti di lampu isyarat, lalu seorang wanita, pada pandangan anis menarik juga ada rupa sikit, apalagi..suami anis pun menjeling wanita tu..bila lampu dah bertukar hijau, suami anis masih pandang wanita itu dari sisi cermin kereta..amboi kata anis, pandang perempuan sampai dah lepas masih tengok lagi? Kata suami anis bukan tengok apa..cuma pakaian perempuan tu terlalu sendat hinggakan menampakkan bentuk badan..kata suami anis lagi, tak sesuai kerana perutnya yang berlemak tu pakai sendat2..oh macam tu..anis nak tau juga kenapa lelaki suka tengok perempuan lain sedangkan pasangan ada? Adakah anis ni kuat cemburu? Anis rasa tak..( ya ker?he..he..he..)tak apalah asalkan bukan cemburu buta kan? Anis rasa memang lumrah manusia sukakan benda yang cantik2..tipu lah kalau kita kata tidak sukakan kecantikan..dekat sini anis hendak bagi tip kempiskan perut..caranya ialah minum air limau nipis..perahkan limau nipis,ambil airnya bancuh dengan air suam dan gula sedikit, kacau lalu minum pagi dan petang selepas makan..selain pada itu boleh juga lumurkan perut tu dengan asam jawa..bye selamat mencuba..
nak tiup lilin ke?
Hai semua..selamat ptg..hari tu, bulan yang lepas 24hb febuari, anis meraikan birthday anak anis asyiq di Genting..kalau korang tengok entry yang lepas anis sertakan gambar anis sekeluarga ke Genting..semalam hari sabtu, kami buat birthday si kecil tu..lambat sikit buat..10 hari..tapi kami tidak menjemput ramai orang pun..alahai..saja suka-suka je..yang ada cuma atoknya sahaja..buat makan-makan sikit..mihun dengan mee kari..dan sebiji kek kecil untuk anak..tapi..anis tidak sangkalah..dalam pada itu..tiba-tiba anak anis mula melangkah..mula belajar bertatih (berjalan) sukanya anis masa tu..mana taknya yang seusia dengan dia dah pandai jalan..tapi anak anis belum lagi..rupanya mungkin dia nak buat birthday baru nak jalan kot..anis ada video dia baru hendak bertatih (berjalan)..tetapi..anis tidak dapat masukkan lagi..tidak tahu mengapa susah hendak masuk video tu..korang dekat luar sana ada tak sesiapa yang pandai? ajarlah anis sikit..huu..huu..hu...ada ke tidak sesiapa yang sudi ajar anis? bolehlah nanti anis letakkan video ni untuk tatapan korang..Masa anis tengok dia baru hendak berjalan..jatuh bangun..jatuh bangun..tidak berhenti-henti..anis tengok telatah dia pun rasa penat..rasa terhibur dengan telatah dia..kalau dia dah besar nanti..kita akan rasa rindu pula masa dia kecil-kecil..sekurang-kurangnya gambar atau video yang ada kita boleh tengok lagi akan datang..dan kita boleh tunjukkan bila dia sudah besar nanti..ni antara gambar-gambar yang sempat anis ambil..
kalau hendak resepi mihun goreng yang anis buat dekat atas tu..tengoklah cerita anis sebelum ni..k..
Masa anis tiba di sana, selepas beberapa jam tiba-tiba hujan turun lebat sangat..cuaca daripada tidak berapa sejuk bertukar sejuk..menggigil...di buatnya..nasiblah bawa baju sejuk..anak sulung anis tidak berhenti-henti asyik terkucil hendak ke tandas..lepas solat dan makan, kami terus masuk ke taman tema..seratus lebih jugalah kena bayar untuk masuk ke dalam tu..tak apalah..sekali-sekala..hendak datang lagi ke genting entahkan bila..kata suami anis tunggu anis kerja pula..rasa duit gaji pertama nanti..tapi itupun kalau si asyiq ni tidak menyusu lagi..
happy birthday asyiq!
Sempena ulantahun kelahiran anak anis asyiq wafiy, kami sekeluarga pergi bercuti di genting..walaupun dia masih kecil dan tidak tahu apa-apa pasal sambutan ini, tapi anis harap bila dia sudah besar nanti dia akan tengok gambar-gambar yang kami tangkap dan video sebagai kenangan kami sekeluarga..harap dia dapat kenang bila dia dah besar nanti..kami ke sana menaiki bas..perjalanan memakan masa selama satu jam setengah..tapi kami tidak menginap di sana pun..sebab faham-faham sahajalah kosnya agak mahal sedikit maklumlah hotel..kami pergi balik hari sahaja..penat juga rasanya..kaki dah melecet-melecet di buatnya..tapi seronok..terutama sekali anak sulung anis..satu taman tema kami pusing..ini adalah antara foto-foto yang sempat anis ambil..tapi video anis belum sempat tranferkan lagi..tunggu ya..
jom pergi berjalan sambil makan-makan..
Esok, genap asyiq setahun..dah besar dah anak ibu..anis rasa macam baru semalam sahaja anak anis lahir..tidak terasa masa begitu pantas berlalu..pejam celik dah pun setahun esok..esok, anis sekeluarga akan keluar berjalan meraikan birthday anak anis, ayah budak-budak itu kenalah cuti satu hari..silap-silap cuti terus sampai ke lusa..mungkin keluar jauh dari bandar atau mungkin juga pergi ke pantai sebab si abangnya memang suka mandi laut..buat masa ini anis tidak merancang ke mana sebab tidak ada planning lagi..seronok juga keluar hiburkan hati sambil makan dekat luar sekali sekala..tidaklah rasa sunyi sangat asyik dekat rumah sahaja sekali-sekala bawalah anak-anak berjalan hiburkan hati anak-anak..nanti kalau ada kelapangan akan anis postkan gambar semasa birthday anak anis nanti..tunggu ya..tapi sebelum itu anis nak kongsi resepi dengan korang iaitu resepi mihun goreng cara anis ok..tapi resepi ini haya untuk 4-5 orang sahaja..
bahan-bahan:
setenggah bungkus mihun
bawang kecil 6 ulas - di kisar
bawang putih 2 ulas -di kisar
cili merah 3-4 batang -dikisar
udang kering 3 sudu besar -dikisar
sawi sedikit
fish ball 1 paket
fish kek 2 ketul
udang besar 7-8 ekor
ayam 100g sedikit di potong dadu kecil
telur 2 biji
sos tiram 2 sudu besar
garam dan sebuk perasa
minyak
daun saderi dan daun bawang (jika suka)
cara-caranya:
Panaskan minyak, tumis bawang, bawang putih, cili merah, udang kering yang telah dikisar.Tumis hingga berbau, masuk sedikit air, masuk sos tiram, selapas itu,masukkan ayam, fish ball, fish kek, udang, sawi, telur, hingga masak, masuk garam dan serbuk perasa secukupnya,sebelum itu rendam mihun dahulu..selepas toskan airnya, masukkan mihun ke dalam kuali kacau rata-rata..sedia untuk di hidangkan..kalau suka taburkanlah daun saderi dan daun bawang..
Dekat entry ni anis letakkan cili merah dalam resepi, sebab anak anis tidak kuat pedas..jika korang dekat luar sana hendakkan pedas, tukarkan cili merah pada cili kering atau cili boh..tapi pastikan cili merah masukkan juga untuk rasa yang lebih sedap..jika tidak percaya cubalah..resepi ini juga akan anis buat ketika birthday anak anis esok..selamat mencuba bye..
bahan-bahan:
setenggah bungkus mihun
bawang kecil 6 ulas - di kisar
bawang putih 2 ulas -di kisar
cili merah 3-4 batang -dikisar
udang kering 3 sudu besar -dikisar
sawi sedikit
fish ball 1 paket
fish kek 2 ketul
udang besar 7-8 ekor
ayam 100g sedikit di potong dadu kecil
telur 2 biji
sos tiram 2 sudu besar
garam dan sebuk perasa
minyak
daun saderi dan daun bawang (jika suka)
cara-caranya:
Panaskan minyak, tumis bawang, bawang putih, cili merah, udang kering yang telah dikisar.Tumis hingga berbau, masuk sedikit air, masuk sos tiram, selapas itu,masukkan ayam, fish ball, fish kek, udang, sawi, telur, hingga masak, masuk garam dan serbuk perasa secukupnya,sebelum itu rendam mihun dahulu..selepas toskan airnya, masukkan mihun ke dalam kuali kacau rata-rata..sedia untuk di hidangkan..kalau suka taburkanlah daun saderi dan daun bawang..
Dekat entry ni anis letakkan cili merah dalam resepi, sebab anak anis tidak kuat pedas..jika korang dekat luar sana hendakkan pedas, tukarkan cili merah pada cili kering atau cili boh..tapi pastikan cili merah masukkan juga untuk rasa yang lebih sedap..jika tidak percaya cubalah..resepi ini juga akan anis buat ketika birthday anak anis esok..selamat mencuba bye..
Langgan:
Catatan (Atom)
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.


