aww..chew!!

Hari ini betul-betul membosankan..pegang itu tak kena pegang ini tak kena.maklumlah badan pun tak sihat..macam hendak demam pun ada..nasib baiklah budak2 tu okey..tapi takut juga kalau berjangkit dengan ibunya ni..tapi anis pastikan anak anis makan ubat sikit bagi mengelakkan terkena selsema dan batuk ni..tak sedap badan dah banyak hari dah..kejap okey kejap baik..tuhan nak hapuskan dosa anis kot..hari tu birthday mak anis dua tiga hari lepas..buatkan kek untuk mak tersayang..alahai buat kek coklat lembab jer..lagipun itu yang mak anis suka..tapi sorry la mak liz tak dapat hendak bagi yang special untuk mak..tapi apa pun happy birthday..untuk korang nanti anis bagi tengok gambar kek yang anis buat khas untuk mak anis..sekarang ini anis tak dapat masukkan lagi sebab anis n3 ni pakai telefon anis je..insyaallah hari minggu nanti anis masukkan gambar tu..sebelum tu anis nak kongsi resepi kentang putar yang anis buat hari tu, tapi sorry la..tak ada gambar kentang putar tu sebab anak anis dah ngap dulu dah..hu..hu..hu..ini resepinya..
Bahan-bahan:
4-5 biji ubi kentang
2 sudu besar mentega
50 gm rebusan ayam/ 1/2 cawan rebusan ayam.
1 sudu besar tepung gandum/tepung jagung-dibancuh dengan sedikit air
serbuk lada sulah dan garam secukupnya.
Cara membuatnya:
Rebus kentang dengan garam sikit hingga kentang empuk atau lembut, kupas kulitnya, lenyek kentang hingga halus lepas itu masuk garam, rebusan dan serbuk lada sulah. Gaul sebati.
Untuk sos:
Panaskan mentega kemudian masukkan bancuhan tepung jagung kacau hingga kuning/perang. Lepas itu masuk air rebusan tadi dan masak sampai pekat. Siap. Air rebusan tadi kena bahagikan dua..satu bahagian untuk kentang dan satu lagi untuk sosnya..okey selamat mencuba..kalau korang dah buat nanti bagitahulah anis hasilnya..kirim2 lah kat anis hasilnya..he..he..he..acah je..okey bye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.