petua dari dapur..

Sudah lama rasanya anis tak buat kentang goreng sendiri dan kentang putar..anak anis cukup suka makan kentang putar..kadang-kadangkalau ada perasaan m dalam diri tu..beli aje kat luar..tapi kali ini anis nak buat sendiri untuk minum petang-petang ni..dekat sini anis nak kongsi serba sedikit tentang beberapa petua..sesetengah orang masih tidak dapat membezakan kentang..kentang ada berbagai warna dan cara masaknya..kentang berkulit kuning bisanya ianya telah di bersihkan sebelum di jual, kentang biasadari holland atau USA sesuai di masak sup, kari,atau apa saja masakan..kentang berkulit merah isinya gebu dan sesuai di rebus untuk di buat kentang bakar atau kentang putar manakala kulitnya bolehlah di buat jacket pototoes.

 Hari itu kawan anis tanya pada anis apa bezanya yis dan ragi? sebab dia teringin hendak buat pizza..dan dia tanya anis macamana nak buat pizza sebab dia tidak pernah buat..anis bagilah resepi anis dekat dia.. tapi anis katakan kalau tak tengok sendiri cara buatnya mungkin susah sikit..terkial-kial lah juga nanti..jadi anis bagi terus resepi itu..ini anis nak bagi info sikit antara yis dan ragi ialah sama sahaja tetapi ragi gunanya untuk membuat tapai dan bentuknya bulat berwarna putih kecil. Ianya perlu di hancurkan dan di tapis ke atas pulut (untuk tapai pulut) atau ubi untuk tapai ubi..Yis digunakan untuk membuat roti ia dikenali sebagai ibu roti. Terdapat dua jenis yia iaitu yis basah dan yis kering iaitu berbentuksebuk seperti mauripan. Yis basah mesti dibarkan pada suhu bilik, dicampurkan air suamdan gula kemudian dibiarkan hingga berbuih barulah digaul dengan tepung. Sementara yis segera boloeh terus di campurkan ke dalam adunan dan terus di uli. Nak resepi anis? Kalau nak resepi piza bolehlah terus email pada anis..anisasliza@gmail.com.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.