nak tiup lilin ke?

Hai semua..selamat ptg..hari tu, bulan yang lepas 24hb febuari, anis meraikan birthday anak anis asyiq di Genting..kalau korang tengok entry yang lepas anis sertakan gambar anis sekeluarga ke Genting..semalam hari sabtu, kami buat birthday si kecil tu..lambat sikit buat..10 hari..tapi kami tidak menjemput ramai orang pun..alahai..saja suka-suka je..yang ada cuma atoknya sahaja..buat makan-makan sikit..mihun dengan mee kari..dan sebiji kek kecil untuk anak..tapi..anis tidak sangkalah..dalam pada itu..tiba-tiba anak anis mula melangkah..mula belajar bertatih (berjalan) sukanya anis masa tu..mana taknya yang seusia dengan dia dah pandai jalan..tapi anak anis belum lagi..rupanya mungkin dia nak buat birthday baru nak jalan kot..anis ada video dia baru hendak bertatih (berjalan)..tetapi..anis tidak dapat masukkan lagi..tidak tahu mengapa susah hendak masuk video tu..korang dekat luar sana ada tak sesiapa yang pandai? ajarlah anis sikit..huu..huu..hu...ada ke tidak sesiapa yang sudi ajar anis? bolehlah nanti anis letakkan video ni untuk tatapan korang..Masa anis tengok dia baru hendak berjalan..jatuh bangun..jatuh bangun..tidak berhenti-henti..anis tengok telatah dia pun rasa penat..rasa terhibur dengan telatah dia..kalau dia dah besar nanti..kita akan rasa rindu pula masa dia kecil-kecil..sekurang-kurangnya gambar atau video yang ada kita boleh tengok lagi akan datang..dan kita boleh tunjukkan bila dia sudah besar nanti..ni antara gambar-gambar yang sempat anis ambil..








kalau hendak resepi mihun goreng yang anis buat dekat atas tu..tengoklah cerita anis sebelum ni..k..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.