resepi strawberry cheese cake

Salam malam minggu kepada pembaca yang di Rahmati Allah selalu..lama juga Anis tidak menulis dalam blog ni..rasanya sejak entri Anis yang lepas pasal birthday anak sulung Anis yang telah pun darjah satu..sekejap je masa berlalu..rasanya macam baru je..dah besar dah dia..tak sangka pejam celik, pejam celik..dah tujuh tahun..hari tu, masa birthday anak Anis, Anis cuma dapat buatkan dia kek angry bird sahaja..dia minta Anis buatkan dia kek spiderman tp, masa tu brg tkde, Anis buat apa yang ada je.. tapi alhadulilah walau pun buat untuk sendiri2 je, tapi Anis masih menerima tempahan dari rakan2 Anis dan rakan  suami..terima kasih semua..antara kek yang di tempah oleh rakan Anis ni kek keju strawberi..kek ni memang best..penuh dengan rasa strawberi tu.. jom skodeng resepi Anis :



1 biji kek span strawberry
( di potong menjadi dua lapisan)

250g krim keju
200ml krim putar tenusu
120g gula kastor
15g gelatin halal dicairkan dgn kaedah double boiler
60g air
6-10 biji buah strawberi di potong dadu
1 sudu teh pes srawberi 
Acuan kek 8 inci jenis loose tin

untuk hiasan:
500ml krim FC
200g inti strawberi
buah-buahan ikut suka

cara membuatnya:
Satukan keju dan gula kastor.Putar hingga kembang dan berkrim
Dalam bekas berasingan, putar krim putar hingga pekat. Simpan dalam peti sebentar. Cairkan gelatin,setelah gelatin sejuk sedikit masukkan  ke dalam adunan keju, kemudian masukkan krim putar dan putar kembali.Masukkan pula strawberi yang telah didadu. Tuang adunan ke atas kek span yang telah di masukkan ke dalam loose pan tadi, ratakan, kemudian selapiskan dengan kek span lagi. Hias dengan FC

Kek ni telah pun selamat hantar masa sebelum tahun baru cina tempohari..TQ Fida..masa gi ke birthday dia hari tu, sepupu Fida pun teringin nak sambut birthday juga, katanya kek ni memang best..itu katanya, bagi tekak anis biasa je :) okeylah korang..cuba tau jgn tak cuba..kalau sedap bagi tau kawan tentang blog ni, kalau tak sedap bagi tau Anis ;)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.