resepi Nach Bous - masakan timur tengah

Salam sejahtera...

Dan Assalammualaikum....

Sedar tak sedar Syawal mula merangkak pergi.. sepanjang syawal ni ramai yang buat rumah terbuka.. pelbagai juadah dapat kita rasa.. mesti tak lengkap kalau tiada rendangkan? tak kira la rendang ayam ke, rendang daging ke, semua sedap2..kan? tahun ni, Anis tak kesempatan membuat open house berbanding tahun2 yang lepas..insyallah kalau di panjangkan umur dan rezeki lebih insyallah Anis buat.. dalam pada tu, asyik benda yang sama kita masak.. semalam terfikir pula Anis nak masak lain dari lain sikit..cuma masakan ni memang tak lari dari masakan melayu, ada rempah sikit..selalunya resepi ini digemari masyarakat timur tengah seperti Kuwait, Bahrain dan Arab saudi..



Nach Bous

Bahan-bahan:

Minyak sapi 1 sudu besar
Bawang besar 1 biji di kupas dan dicincang
udang sederhana 500g
bawang putih 4 ulas di kupas dan dicincang
Kunyit serbuk 1/2 sudu teh
Jintan manis serbuk 1 sudu teh
Cili serbuk 1sudu teh
rempah kari ikan 1 sudu teh
jus limau nipis diperah 1/2 biji
daun ketumbar 2 sudu besar dihiris halus
garam secukup rasa

Cara-caranya:

Panaskan minyak sapi, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu..
masukkan jintan manis, kunyit, rempah kari dan serbuk cili goreng hingga wangi, kemudian masukkan udang goreng sebentar.
masukkan ke dalam pinggan dan taburkan daun ketumbar , garam dan perahan limau nipis.

Siap..selamat menjamu selera :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.