RESEPI GULAI AYAM


Selamat tengahari semua..semalam En somi call, Anis untuk ajak ke Kajang..ingat ajak gi berjalan2..rupa-rupanya temankan dia melawat bosnya yang di masukkan ke hospital kerana tekanan darah tingginya..tapi, walau pun tak berjalan ke mana-mana, kami sempat singgah makan sate Kajang di Sate Hj.Samuri (eh betul ke namanya) kalau salah minta ampun ya..pemiliknya..memang best..sedap banget..bila tengok anak Anis, berselera betul dia makan..ngap-ngap..tak berhenti-henti..terutama si kecik tu..kalau kat KL dorang makan sikit je sate, bila makan kat tempat tu bertambah-tambah..balik penat..masing-masingdah cari bantal..En somi pula,masa kat sana ada satu insiden..bilik air kat tempat tu, licin, jadi En Somi pun berdebuk jatuh..sampai pinggang pun sakit, tangan dia luka panjang..cian dia..balik terus sapu ubat..harap sape2 yang ke situ hati2 bila ke bilik air tu ya..okeylah kat sini Anis nak kongsi resepi yang tak seberapa ni, mungkin resepi ni biasa2 je, tapi setiap orang mempunyai resepi berbezakan? jadi ini resepi Anis yang mudah..



Gulai Ayam

*1/2 ekor ayam
*1 liter santan
*6 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih,
*4 cm halia
*4 tangkai cili merah
*kunyit hidup dalam 3cm
*serai dua batang kalau tkde masukkan daun salam 2 helai/limau purut
lengkuas 1 inci di hiris2
*kisar bahan di atas
 Panaskan minyak, tuang dalam periuk bahan di atas,masukkan ayam dan  1 keping asam keping..biar api slow..sambil tu bolehlah kawan2 lipat baju ke, menyapu ke,,tapi jangan sampai hangit pula ya..

p/s jika suka boleh masukkan kentang ke atau lobak sikit..
Selamat mencuba..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.