Kuih Peneram

Petang tadi,Anis tak tau nak wat apa untuk minum petang..so Anis terfikir nak wat kuih peneram yang secara tak langsung anak Anis pun suka..kalau ada yang gemar makan, rajinlah nak membuatnya kalau Anis je makan, alamat beli je lah..hihi.tapi kali ini mood pun tak berapa baik, jadi hasilnya pun tak seberapa..ini lah hasilnya..



Anis wat bulat2 je macam keria atau donat dan lubangkan ditengah2..mudah sikit..tapi hasilnya tak beberapa cantik, sebab tgh bad mood..:( ni resepinya:

250g tepung beras
250g tepung gandum
500ml air
360g gula melaka
120g gula pasir
garam secukupnya
minyak masak untuk mengoreng secukupnya

Cara membuatnya:
Ayak tepung beras dan tepung gandum, kemudian masukkan gula pasir dan digaul. Dalam bekas lain larutkan
gula merah dan garam ke dalam air. Setelah sebati tuangkan adunan ke dalam tepung tadi dan kacau rata dan biarkan dalam 30 mint atau 40 minit. Panaskan minyak dengan api perlahan.Terapkan dengan acuan ( Anis uli sediri je dengan tangan hi..hi..) masukan bahan yang diterap tadi ke dalam kuali dan goreng sehingga kuih timbul. Kacau selalu supaya kuih masak sekata. Angkat dan toskan..siap..selamat menjamu selera :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.