percutian ke Mersing..

Assalamualaikum..

 salam sejahtera kepada para pengunjung blog Anis yang tak seberapa ni.. kepada pegunjung yang dari FB Anis, Anis minta maaf sebab sudah sekian lama meninggalkan blog dan tiada terbitan baru dari Anis..  kali ini Anis nak berkongsi pengalaman Anis semasa menghabiskan musim cuti sekolah yang lalu ke  Mersing, Johor..

Percutian ini kami rancang awal sebelum cuti sekolah bermula lagi.. percutian kali ini di sertai oleh 4 buah keluarga Anis.. iaitu adik beradik mak Anis.. memang excited betul..lebih lebih lagi anak Anis yang sulung tu..kata nak jalan.. laju je dia..

Perjalanan kami dari Kuala Lumpur mengikuti jalan kawasan kampung.. pada mulanya sebelum bertolak sempat kami search cari cara jalan ke tempat tu.. ikut dari peta Mr gugel, jalan yang kami akan ikut etul2 dekat.. rupanya kami silap, jalan yang cepat ialah ikut highway walaupun jalannya jauh sikit.. dah ada kemudahan tak di gunakan..apa lagi..perjalanan yang pada perkiraan cepat jadi lambat.. apa nak buat, salah kami juga pilih jalan tersebut.. semua dah sampai, tinggal kami lagi masih tercari- cari jalan.. masa pun habis begitu sahaja..tiba pun dah agak petang dalam pukul lima petang.. dalam perjalanan kami menghadapi masalah kereta, kipas tidak berfungsi dengan baik.. tiba-tiba meter menunjukkan panas.. kami berhenti di tepi jalan yang lenggang dan sunyi..telefon berbunyi..adik mak telefon menanyakan khabar kami di mana.. di tepi hutan kami dengar pelbagai bunyi..hati mula tak sedap..

Beberapa minit kemudia datang sebuah kereta dari arah bertentangan..dan berhenti tidak jauh dari kami.. kami mula cuak..pelbagai andaian berada dalam fikiran.. orang jahatkah? kami saling berpandangan.. keretanya yang mempunyai cermin gelap..nak teruskan perjalanan engin masih panas.. kami bertawakal je..nasib baik kereta tu berlalu dari situ, dan kami pun meneruskan perjalanan sampai ke destinasi yang di tuju..alhamdulilah..

Setibanya di sana, mentari senja melabuhkan tirainya.. memang cantik permandangan di sana.. bila waktu malam kami masak ramai2.. dan makan bersama2..







Suasana malam di Homestay.. rumah kayu lama.. dan sebelah home stay kami ada sebuah gerai makan.. ikan bakar.. baunya membuat perut kami berlagu dendang sayang..bunyi sang cengkerek dan si kodak bersahut sahutan.. terasa benar-benar berada di kampung..

Nyenyak si abang dan si adik tidur..kepenatan selepas hampir seharian perjalanan..Keesokkan acara bermula!





Suasana ketika sang mentari menyapa kami.. ketika ini beberapa ahli keluarga masih di selimuti dan di buai mimpi.. si abang dan si adik pun belum bangun lagi..hanya kami keluar awal pagi untuk melihat betapa indahnya ciptaan Allah ini..cantik kan?




Selepas kami siap tangkap gambar permandangan2 tu, kami balik ke home stay tempat kami menginap, si Adik dah bangun..terus bawa dia ke tepi pantai yang beberapa meter sahaja dari homestay kami..











Selepas siap bergambar.. sempat la gak mandi manda kat situ..sambil2 kutip siput dan kerang.. tapi ada org tgh pening kepala kereta nak kena hantar service pula..tak dpt dia nak mandi manda.. next time la ya..
















Waktu malam..makan malam kami tak dapat makan bersama.. ni yang tak syok ni.. buat aktiviti sendiri2 je..

Keesokkan harinya, kami bertolak pulang sebelum pulang kami sempat bergambar lagi..







Sempat singgah  sarapan.. tapi, terkejut dengan harga makanan kat situ.. sarapan je dah RM 30 lebih.. memang cekik darah tul.. tapi bkn tempat yang kami bermalam tu, pantai yang berdekatan dengannya..






Ingat nak stay satu malam  pula di kawasan tu pula, tak jadi..makanan pun mahal..rasa tak puas berada di Mersing.. last2 kami buat keputusan untuk pulang ke rumah terus.. rindu kat sana..

Sempat singgah ke kilang membuat keropok lekor..





Harap lepas ni bercuti, biar la dapat lebih lama lagi.. "bersatu teguh bercerai roboh"..kepada anakanda Muhammad Dhiya Firas dan Muhammad Asyiq Wafiy.. inilah kenangan keluarga kita..jadikan blog ibu ini sebagai rujukan dan kenangan ibu ayah untuk Firas dan Wafiy..bila ketiadaan kami nanti..

Mersing...TUNGGU..kami datang lagi..insyallah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.