sambungan kisah mama ke mana menghilang..

Salam..bertemu lagi kita..kali ni anis hendak sambung balik kisah yang lalu..mengenai seoarang wanita yang meninggalkan keluarga demi kehidupan yang baru..

Kisah J ini, tidak tamat begitu sahaja..selama bertahun meninggalkan suami dan anak-anak,J kembali semula kepangkuan suami dan anak-anak..

J mengetuk pintu rumahnya lalu memberi salam..lalu pintu rumah terkuak,terpacul muka isterinya yang sedang memboyot, R menganggak mungkin isterinya telah hamil dalam lima bulan memandangkan perutnya sedang membesar..J menunduk lesu, kenapa kau pulang lagi ke rumah?"herdik si suami..R kurang pasti kenapa isterinya tiba-tiba pulang ke rumah setelah bertahun meninggalkan dia dan anak-anak tanpa kasih sayang.R tahu, kepulangan isterinya kerana telah ditinggalkan oleh kekasihya.

"kenapa kau muncul semula, mana kehidupa yang kau agung-agungkan itu?"tanya R."Dah puas kau tinggalkan kami, lepas tu kau balik semula kau nak apa lagi?"marah R lagi."Abang maafkan J abang..J bersalah..J keluar rumah tinggalkan abang dan anak-anak kita.."sekarang baru kau nak sedar? dah terlambat..anak-anak sudah tidak ingat dekat kau lagi".."tergamak kau pergi ikut jantan lain? tinggalkan semua anak-anak?"marah R."maafkan J abang..J berdosa pada abang.."tangis J teresak-esak memohon keampunan dari suami..tapi suami langsung tidak hiraukannya, apatah lagi anak-anak turut pulaukan mamanya..walaupun sudah seminggu mamanya tinggal semula bersama mereka, namun anak-anaknya tidak dapat menerima kehadirannya, J cuba ambil hati suami dan anak-anak namun mereka tidak bertegur sapa dengan mamanya itu. J cuba kembali menjadi isteri dan ibu kepada anak-anaknya namun apabila J masak sesuatu makanan lansung keluarganya tidak menjamah..

Hari demi hari, minggu demi minggu..sudah sampai masanya isterinya menunggu saat melahirkan anak, tapi kuasa tuhan, dia yang mengetahui segalanya, anak yang dilahirkan meninggal dunia akibat komplikasi..tapi, sebelum melahirkan anak tersebut,J sakit, bermula demam, selepas itu,entah apa penyakit yang hadir pada tubuh J..sehinggalah selepas anak itu lahir dan menemui ajal, penyakit J bertambah teruk, hari demi hari..J meminta suaminya menghantarnya ke rumah kedua orang tua J..memandangkan anak dan suami tidak menghiraukannya lagi..sekurang-kurangnya ringan beban suaminya itu..

Apabila tiba di rumah orang tua J, mereka marahkan J kerana meninggalkan suami dan anak-anak.."baru kau ingat suami kau setelah sekian lama kau tinggalkan dia?" isteri jenis apa kau ni?"marah si ayah."R lelaki yang baik, kalau lelaki lain sudah lama dia gantung kau tak bertali,sudah lama dia akan cari penganti kau"sambung ibunya lagi.J hanya terdiam dia tahu dirinya bersalah dalam hal ini kerana terlalu ikutkan nafsu.Selepas menghantar isterinya pulang ke kampung halaman, R pulang ke rumahnya..dia berasa lega kerana ada orang yang menjaga isterinya sakit. Anaknya langsung tidak menghiraukan mamanya walaupun perempuan itu telah kembali ke rumah semula bagi anak-anaknya mamanya sudah tiada lagi dalam hati mereka.

Sudah hampir tiga bulan isterinya di rumah mentuanya, cuma beberapa kali sahaja R menjengah isterinya itu, itu pun jika mentuanya telefon menyuruh dia pulang, kali terakhir dia pulang dua minggu yang lepas keadaan isterinya bertambah parah, namun dia berserah pada takdir kerana tiada apa yang dapat dilakukuannya lagi, kerana penyakit isteri susah di ubati,luka-luka bernanah dan berbau busuk keluar dari anggota badannya,jiran-jiran menjauhkan diri,suatu hari, ibu mentuanya menelefon menyuruh dia pulang kerana isterinya di hospital dan ingin berjumpanya, namun hati R telah tawar kerana apa yang telah dilakukan oleh J sebelum ini.Puas ibu mentunya memujuk,namun R menangguh-nangguhkannya..kali kedua ibu mertuanya telefon mengatakan isterinya benar-benar nazak dan ingin mememuinya sebelum ajal menjemput.Lalu, pulanglah R ke kampung dengan membawa anak-anaknya sekali, itulah kali pertama anak-anaknya berjumpa dengan mama mereka,selepas isterinya itu sakit, itu pun selepas R memujuk anak-anaknya supaya berjumpa.Itulah kuasa tuhan tiada siapa yang dapat menentukanNya,dipinggirkan anak-anak dan suami akibat memilih jalan hidup penuh dosa, bertambah pula dosa yang dilakukuan di tunjukkan Tuhan ketika masih hidup. Sampainya R dan anak-anak ke hospital, pihak hospital mengarahkan mereka bawa pulang J ke rumah, kerana tiada apa yang dapat pihak hospital lakukuan bagi mengubati penyakit J.Tiba di rumah, "abang, maafkan J di atas perbuatan J selama ini meninggalkan abang dan anak-anak..inilah balasan yang tuhan berikan pada J kerana membuat dosa,J benar-benar insaf di atas apa yang berlaku".."anak-anak mama.."panggil J lemah.."mari sini.."anak-anak cuba menghampiri,"mama minta maaf pada korang kerana mama bukan mama yang baik selama ini, mama bersalah..abaikan korang semua..maafkan mama sayang.." rintih J lagi memohon kemaafan dari suami dan anak-anak..suara J semakin lama semakin perlahan..rengekan si kecil anak R dan J kedengaran,dahagakan susu, lalu R berlau meninggalkan J untuk memberi susu pada si kecil, namun siapa sangka ajal maut di tangan Tuhan, pemergian J tiada sesiapa di sisi mahupun mengajarnya mengucap dan pergi tanpa mendapat kemaafan dari suami dan anak-anak..al-fatihah..kisah ini buat pedoman bagi bakal isteri dan isteri di luar sana mahupun para suami..jangan jadikan kisah ini terjadi dalam hidup anda..renung-renungkanlah di sebalik cerita ini..Tuhan Maha Berkuasa..jadikan cerita ini sebagai pengajaran kita..sama-samalah kita agar kita, anak-anak kita dan keluarga kita tidak terjebak seperti cerita J ini.

mama, ke mana menghilang..

Diam tak diam sudah dekat seminggu lebih anis tidak menulis di ruangan kesayangan ramai ini..(sayang ke?) mulalah jatuh perasan tu...okeylah, dekat sini anis hendak ucapkan selamat petang (ketika artikel ini di tulis) kepada semua pembaca dan blogger semua..dah lama anis tak menaip..maklumlah pertama sekali sibuk dengan segala urusan yang tak pernah habis, faktor kedua, anis punya komputer selalu jem..kalau lepas ni, lambat menulis tak tau lah nak wat apa lagi..stop menulis kot..itu tak mungkin..

Okeylah, sekarang ni anis nak bercerita dekat korang suatu cerita daripada seorang ustaz kepada suami anis..orangnya pun anis tak kenal sangat, bukan sepertu cerita Fa, seoarang kawan baik anis..tapi ini tak, seoarang yang anis tak kenal..
Namanya sebagai R  dan pasangannyan J. Mereka ini pada awalnya seperti pasangan yang lain juga, bercinta..di pendekkan cerita, bercinta bagai nak rak lepas tu kahwin..Si J adalah isteri kepada R, mereka berkahwin atas dasar suka sama suka dan dikurniakan anak lima orang hasil dari perkahwinan mereka..

Pada suatu hari, hujan tak, panas tak, tiba-tiba pasangan yang dikatakan romantik ini, bergaduh.." apa kena dengan awak ni, apa lagi yang kurang?" "lauk mentah saya sudah beli, makanan cukupdekat dalam peti ais tu, apa yang awak nak lagi?"tanya R kepada J." Saya bukannya hendak itu semua,barang rumah cukup ke tidak ke..saya tahu awak ada bagi tapi saya rasa tak cukup apa yang ada ni..kita hidup setakat macan ni aje tidak berubah-ubah sejak kahwin sampailah sekarang"..kata J. "sabarlah..kalau kita ada rezeki nanti nasib kita akan berubah..J hanya mencebik sahaja..meluat mendengar kata-kata dari suaminya..itu cumalah alasan J sahaja..sebenarnya dia mahukan lebih daripada suaminya tapi dia tak pernah suarakan keinginannya yang satu itu..Baginya suaminya tidak akan faham naluri seorang perempuan yang bergelar isteri, dahagakan kasih sayang..perhatian..hati perempuannya membuak-buak ingin keluar dari kemelut rumahtangga yang dibinanya..bosan..cuma satu yang di fikirkannya..keluar dari rumah..

"kau nak pergi mana ni dengan beg-beg ni?" tanya R kepada isterinya."aku nak keluar bina hidup baru aku..aku malas nak hidup dengan kau lagi aku dah tak tahan"..kata J lalu terus keluar tanpa menghiraukan suami dan anak-anak yang masih kecil lagi yang memerlukan kasih seorang ibu.."habis kau nak biarkan kami..anak-anak, tinggalkan begitu sahaja ke?" marah suaminya.."kau jaga sendiri anak kau tu! aku sekarang nak bina hidup aku sendiri! bersuamikan orang yang macam kau?" sindir J lagi.."kalau kau nak keluar, keluar sekarang!" tempik  R."memang aku nak keluar pun!" balas J. "berambus sekarang juga! jangan kau balik-balik lagi dekat rumah ini!" marah si R lagi..
Bermula saat itu, R lah bapa dan juga ibu kepada kelima anak mereka, nasiblah ibunya tinggal berhampiran dengan rumahnya, bolehlah ibunya tengok-tengokkan kelima-lima orang anaknya ketika R keluar bekerja.       bila pulang ke rumah.Bila tamat waktu kerja, R cepat-cepat pulang ke rumah untuk jaga anaknya, tugas memasak terpaksa di buatnya kalau tidak sebelum ini, itulah tugas seorang isteri, tapi kini menjadi tugasnya pula..hari demi hari berlalu, tahun berganti tahun..anak yang kecil pun sudah hendak masuk ke tadika, mereka langsung tidak menyebut tentang mamanya lagi..pada awalnya, yang bonsu sering juga tanyakan mamanya ke mana perginya mama..lama-kelamaan mereka adik beradik sudah lali dan mereka tidak pernah menyebutnya lagi, sebab mereka tahu mamanya sanggup tinggalkan mereka semua tanpa kasih sayang..bagi mereka bapanyalah bapa secara tak langsung ibu kepada mereka..bagi mereka, tanpa kasih dari mama mereka lebih baik..benci pada manusia yang dipanggil mama..tapi lupa pada anak sendiri.. (ikuti kisah ini lagi di lain masa.. anis tak boleh menaip panjang-panjang sangat sebab anis ada anak kecil yang perlu di uruskan..kalau nak tahu lebih lanjut lagi selalulah jengah-jengah kat http://www.pelangipelangikehidupan.blogspot.com link blog anis ni ya :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.