Hari itu  anis sekeluarga pergi berjalan menziarah bapa anis di Selangor, sudah lama juga kami tidak jumpa bapa anis dan keluarganya..anis rasa agaknya sudah berbulan jugalah..anis betul-betul merajuk dengan bapa anis..kerana sehingga kini dia perlekehkan suami anis..dia hendak menantu yang kaya..suami anis ni apa aje yang ada..kereta pun kereta cabuk katanya..tapi, anis dapat tahu pun bapa anis cakap macam tu dari isteri bapa anis sendiri..tak tahulah betul atau tak..tapi masa anis pergi jumpa dia hari itu, kami dah pun tukar kereta..kereta pun bukan kereta baru..kereta second hand je..itu yang kami mampu setakat ini..sebenarnya anis hendak tunjuk pada bapa anis..dan harap jangan dia perlekehkan kami lagi..anis tak tahulah agaknya anis ni jenis lembut hati..walau bapa anis sudah tidak bersama dengan emak anis lagi, anis masih boleh pergi berjumpa dengannya..tapi tak taulah kalau orang lain macam anis juga ke? masa emak anis berpisah dengan bapa anis dulu tergamak bapa anis menghalau mak anis keluar dari rumah..bayangkan perempuan pulak yang kena keluar..jika apa-apa berlaki\u pada mak anis masa tu macamana? tergamaknya bapa anis menceraikan mak anis dengan talak tiga sekaligus..betapa bencinya bapa anis pada mak anis masa tu kerana menghalang hubungan dia dengan isterinya sekarang tapi itu semua cerita lama..mak anis pun dah berkahwin lain dan perkahwinan dia anis harap berkekalan..doakan untuk mak anis ya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.