resepi char kue tiaw dr Anis


Salam Ukhwah dan Assalamualaikum..

Dah lama juga blog ini tidak terusik semenjak sebelum puasa lagi.. kalau rumah tidak terusik, tentu dah berabuk dan bersarang..begitu juga blog Anis ni..pembaca masuk sekejap..dah terus tekan tanda X..membosankan tkde entry terbaru pun dari Anis..minta ampun banyak2 ya..

Walau macam mana pun sekarang ni musin raya.. di sini Anis mohon ampun dan maaf kepada kawan-kawan dan keluarga Anis.. mohon ampun dan maaf jika ada kekurangan dan kelemahan Anis selama ini..

Dalam pada itu sempat juga Anis dan suami buat puasa sunat 6..walau pun dah nak hujung-hujung raya dah.. daripada itu tengah dok pikiaq- pikiaq nak masak apa.. timbullah perasaan ingin buat char kue tiaw..
resepi ni dari Anis sendiri dan tak cilok mana2 resepi pun..alhamdulilah kena gak dengan tekak kami.. kalau kawan sudi bolehlah cuba char kue tiaw dari Anis ni ya..

okey jom kita tengok resepinya.....

CHAR KUE TIAW

1 bungkus mee tiaw
3 ulas bawang putih- di ketuk
cili kering dalam 1 sudu besar
10 ekor udang sederhana besar
fish ball secukupnya
fish kek 1 btg
tauge 30 sen
daun kucai 30sen
sos tiram 3 sudu besar
kicap cair 3 sudu besar
kicap pekat 3 sudu besar
3 biji telur - dipukul
garam secukup rasa
minyak masak secukupnya
minyak bijan (jika suka)

Cara membuatnya:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan udang dahulu, ketepikan.
Dalam minyak yang sama tumis cili kering sekejap..pastu tumis bawang putih, masukkan fish ball dan fish kek lepas tu masukkan kicap, sos tiram, kicap cair kemudian masukkan air satu cawan dengan api besar, bila air dah mengelegak sikit masukkan mee tiaw daun kucai tauge, udang..renjeskan  minyak bijan akhir sekali masukkan telur, perlahankan api kacau cepat2 dan tutup. Sedia di hidangkan.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.