masak apa hari ni erk?

Seharian dengan kerja-kerja rumah memang memenatkan..lagi-lagi kalau anak memang nakal macam anak anis muhammad dhia firas..lagilah ada baby sekarang ni..baby anis sekarang ni nakal..belum pandai berjalan lagi, dah pandai memanjat..esok kalau dah pandai jalan tak taulah macam mana..anak anis  si dhia ni, makanan yang dia suka masa sarapan roti brsalut telur..nak kata hampir tiap hari dia suruh ibunya masak roti bersalut telur tu.. nak tau resepi roti bersalut telur cara anis ni?

BAHAN-BAHAN:

ROTI GARDENIA 4 KEPING
MARJERIN PLANTA
 TELUR

Cara-caranya
Sapukan marjerin ke rotipukul telur 2 biji..celupkan roti ke dalam telur lepas tu goreng dengan mearjerin..buat sampai  habis roti 4 keping tersebut..

Tengah hari nak masak apa erk?..dah lama kami tak makan sup ekor..sekali sekala masak sup ekor okey jugakan? sekurang-kurangnya boleh panaskan badan..tapi kata orang sup ekor boleh meningkatkan tenaga suami isteri ..itu orang kata bukan anis kata tau..ni resepi dari anis..

SUP EKOR CARA ANIS

Bahan-bahan:
300gm ekor lembu
1/2 liter stok rebusan
30gm cili padi
60gm serbuk rempah sup bunjut
10gm rempah lima
1 biji bawang besar- dikisar
2 ulas bawang merah- dikisar
1 cm halia
10gm lobak merah- potong dadu
10gm kentang- potong dadu
1 biji tomato dibelah empat
daun saderi dihiris
20 gm bawang goreng
20gm daun bawang
garam secukup rasa
sedikit bahan perasa
sedikit minyak untuk tumis

Cara masak:

1. Panaskan minyak, tumis bwang dan halia hingga wangi. Kemudian masukkan rempah ratus dan sup bunjut.
2. Masukkan stok daging.
3. Kemudian masukkan ekor.Biar mendidih.
4. masukkan cili padi, lobak merah dan kentang.
5. masaukkan tomato dan daun saderi.
6. Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa dan sedikit bahan perasa dan tabur bawang goreng daun sup,dan daun bawang ketika menghidang.

Okey amacam, boleh buat tak? senang ajekan.. cuba jangan tak cuba tau..kat sini juga anis nak bagi petua sikit..kalau nak kempiskan perut ni petuanya..kalau makan minyak-minyak takut buncit perut tu  cubalah petua anis ni ya..

Petua kempiskan perut secara tradisi dari mak anis
Minum air campuran limau nipis dan teh tanpa gula setiap hari.tapi pastikan anda tidak hamil dan mempunyai sebarang penyakit lain ya..

Cara keluarkan angin dalam badan 
 sebelummakan epal hidu dulu epal tu..epal ialah buah yang boleh mengeluarkan angin dalam badan selain dari halia..kalau halia tu,  kupa halia dan remdam dalam air panas lalu, minum.

Cara hendak hilangkan binti-bintik hitam di muka
satu biji pinang yang tua, cara buatnya parut dan tambahkan sedikit air, perah dan tapis parutan itu, sapukan di wajah yang mempunyai bintik-bintik hitam sekurang-kurangnya 2 kali pagi dan malam..insyaallah..
Cara hilangkan kelemumur
100ml santan tua, 100ml air limau purut, 100ml air perahan nenas.
Cara buat,
semua bahan dicampur rata,basahkan kulit kepaladengan ramuan ini, dengan cara meramas-ramas rambut dan kulit kepala sambil gosok-gosokkan kulit kepala.
Lakukan dua kali sehari hingga kelemumur hilang.
Cara Lain
2 lempar daun lidah buaya
cara buatnya, lidah buaya di buang kulitnya, kemudian di perah bagi mendapatkan lendirnya,sapukan lendir di kepala.

Teringat ketika hamil anak pertama, dan kedua..masa hamil dulu anis bukan macam orang lain senang mengandung.. tapi anis ni, masa mengandung sakit tulang punggung nak jalan nak duduk seksanya. pergi bilik air pun berpapah dan merangkak ke bilik air.tuhan aje yang tahu..ikutkan hati tak nak mengandung lagi..tapi apa nak buat dah rezeki.. anis mengandung lagi anak kedua.. tapi anak kedua ni senang sikit, tak seteruk masa mengandungkan anak pertama dulu..ketika anis mengandung dulu anis selalu amalkan beberapa surah, antar surah  yang baik untuk di amal kan masa hamil ialah ayat kursi surah al-baqarah ayat 225. surah yassin makkiyah: ayat 83. Surah yusuf ialah untukdapatkan anak yang soleh, sihat cantik dan sempurna.Banyakkan membaca  surah ini jika ingin mendapat anak lelaki..surah luqman ayat 34..dan surah marryam ayat 98..agar dipermudahkan bersalin..insyaallah..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.