pengalaman mengajar kita tentang kehidupan

Ni anis nak sambung cerita tentang kehidupan kawan anis yang satu kerja dengan anis dulu..selepas fa bergaduh dengan syam..dia nekad untuk tak bercinta lagi..dia benci kalau lelaki mempermainkan perasaan perempuan..sampai suatu masa dia katakan pada anis sumpah dia tak nak bercinta lagi..tapi anis katakan bukan semua lelaki jahat dan bukan semua lelaki baik..ada lelaki yang baik..yang boleh dijadikan suami..cuma kita yang kena cari yang betul-betul..lelaki bukan jantan.. tapi fa tak dapat menerimanya..baginya semua lelaki sama..suatu hari fa berkenalan dengan seseorang..fa bercerita pasal dia berkenalan dengan seorang mamat ni..kat sini anis katakan namanya sebagai H sahaja...H ni kerja sendiri jual burger..dekat dengan tempat kami bekerja..masa anis kerja dulu dengan fa, kami tinggal di asrama dekat dengan tempat kerja..di pendekkan cerita, fa kenal pun masa dia beli burger dengan H..saling bertukar nombor telefon..sebenarnya fa ni jenis peramah..semua yang dia kenal dia tegur dulu..tak kira penjual burger sekalipun..maklumlah dah biasa dengan si H ni...kata fa " aku nak balas dendam dengan lelaki..aku nak cuba permainkan dia.." tapi anis cuba nasihatkan dia.."tak baik permainkan perasaan orang..belum tentu dia niat jahat..entah-entah silap-silap dia permainkan kau pula.." Si Fa pun terus berkawan dengan budak tu..sampai satu masa Fa tak datang ke pejabat..berapa hari jugalah..tetiba, suatu malam anis terima panggilan dari Fa..dia kata nak jumpa dengan anis ada hal mustahak..anis suruh dia cakap dalam telefon sahaja, memandangkan hari pun dah malam..tapi dia tak nak..anis katakan esok pagi kita jumpa sahaja..dia kata okey..tapi malam tu anis tak dapat tidur dan masih tertanya-tanya apa yang hal mustahak sangat yang Fa nak jumpa anis sangat..keesokkan harinya kami bertemu di bawah Flat..masa anis jumpa muka dia tak ceria seperti selalu..ada riak kesedihan di wajahnya..tetiba dia kata, "kak, Fa kena rogol.."  berdegup jantung anis di buatnya.."betul ke ni?"..anis macam tak percaya apa yang dikatakannya..dia cuma mengangguk lesu..tak sangka betul anis..anis rasa macam mimpi.."kau biar betul..betul ke ni? macamana boleh jadi macam ni?" "entah la kak..fa pun tak tahu"..nak tahu cerita lebih lanjut tentang kawan anis ni? tunnngguu.....selepas ni okey..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.