Bila di fikir-fikir, zaman anis hidup berkeluarga susah..anis tak mahu anak-anak anis hidup dalam kesusahan..sejak dari tu anis berazam tanamkan semangat untuk anak-anak anis menabung dari kecil lagi..supaya diaorang jangan hidup macam mak bapa dia..sekurang-kurangnya diaorang ada simpanan sendiri..manalah tau kan..esok dia dah besar nanti pelajaran dia boleh pergi jauh iaitu untuk sambung pelajaran, sekurang-kurangnya ada juga simpanan..secara tak langsung bagi diaorang belajar berjimat bukan jadi pemboros..tapi banyak yang anis nampak zaman sekarang ni, nak belanja sikit minta mak bapa..tak boleh nak berdikari sendiri..harapkan orang tua sahaja..diaorang langsung tak tau macam mana susahnya mencari duit..yang diaorang tau minta aje..tapi ada juga yang pandai mencari duit poket sendiri tanpa bantuan mak bapa lagi..kadang-kadang tu nak sambung belajar pun cari duit poket sendiri..yang tu buat anis bangga kalau ada orang yang macam tu..ada tu pulak..mak bapa bagi duit untuk belajar tapi guna untuk  kepentingan sendiri..mak bapa kat kampung penat lelah mencari duit untuk anak kesayangan tapi di sia-siakan..tak ke haru? itulah salah satu kepentingan, zaman sekarang ni..semua memerlukan duit..Duit..duit...duit..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.