Hari ni anis tak ke mana-mana..duduk rumah je..tak tau nak masak apa..cuma hari ni masak asam pedas, sayur kacang, ikan masin dengan sambal gesek..hari ni buat asam pedas pun tak berapa pedas..sebabnya anis masih sakit lagi..tak boleh makan yang pedas-pedas..sekarang ni time makan ke ikut jadual tak boleh melambat-lambatkan waktu makan..nanti gastrik bertambah parah..jika dah parah..faham-faham je lah kata orang akan kena apendik pula..takut juga anis di buatnya..sebelum ni memang anis time makan memang tidak menentu..bila dah betul-betul perut pedih baru makan..sebenarnya tak boleh amalkan macam tu..kalau tidak jadi macam anis nilah bila dah sakit tu, nak baring pun tak boleh nak bangun pun tak boleh..serba serbi tak kena..fuh..sakit..sampai uwek uwek la..macam mengandung pula..bila badan tengah tak sihat ni, anak pula wat hal..panjat sana..panjat sini..lompat sana..lompat sini..geram betul tengoknya..menghilangkan kesabaran je..nasib baik anis cepat-cepat beristifar..jom layan video ni jap..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.