Bila di fikir-fikir, zaman anis hidup berkeluarga susah..anis tak mahu anak-anak anis hidup dalam kesusahan..sejak dari tu anis berazam tanamkan semangat untuk anak-anak anis menabung dari kecil lagi..supaya diaorang jangan hidup macam mak bapa dia..sekurang-kurangnya diaorang ada simpanan sendiri..manalah tau kan..esok dia dah besar nanti pelajaran dia boleh pergi jauh iaitu untuk sambung pelajaran, sekurang-kurangnya ada juga simpanan..secara tak langsung bagi diaorang belajar berjimat bukan jadi pemboros..tapi banyak yang anis nampak zaman sekarang ni, nak belanja sikit minta mak bapa..tak boleh nak berdikari sendiri..harapkan orang tua sahaja..diaorang langsung tak tau macam mana susahnya mencari duit..yang diaorang tau minta aje..tapi ada juga yang pandai mencari duit poket sendiri tanpa bantuan mak bapa lagi..kadang-kadang tu nak sambung belajar pun cari duit poket sendiri..yang tu buat anis bangga kalau ada orang yang macam tu..ada tu pulak..mak bapa bagi duit untuk belajar tapi guna untuk  kepentingan sendiri..mak bapa kat kampung penat lelah mencari duit untuk anak kesayangan tapi di sia-siakan..tak ke haru? itulah salah satu kepentingan, zaman sekarang ni..semua memerlukan duit..Duit..duit...duit..
Hari ni anis tak ke mana-mana..duduk rumah je..tak tau nak masak apa..cuma hari ni masak asam pedas, sayur kacang, ikan masin dengan sambal gesek..hari ni buat asam pedas pun tak berapa pedas..sebabnya anis masih sakit lagi..tak boleh makan yang pedas-pedas..sekarang ni time makan ke ikut jadual tak boleh melambat-lambatkan waktu makan..nanti gastrik bertambah parah..jika dah parah..faham-faham je lah kata orang akan kena apendik pula..takut juga anis di buatnya..sebelum ni memang anis time makan memang tidak menentu..bila dah betul-betul perut pedih baru makan..sebenarnya tak boleh amalkan macam tu..kalau tidak jadi macam anis nilah bila dah sakit tu, nak baring pun tak boleh nak bangun pun tak boleh..serba serbi tak kena..fuh..sakit..sampai uwek uwek la..macam mengandung pula..bila badan tengah tak sihat ni, anak pula wat hal..panjat sana..panjat sini..lompat sana..lompat sini..geram betul tengoknya..menghilangkan kesabaran je..nasib baik anis cepat-cepat beristifar..jom layan video ni jap..

Tengok tu..tiap-tiap hari macam tu..tak pernah penat..lompat sana..lampat sini..panjat sana panjat sini..penat melayan dua-dua hero..agaknya kalau anak perempuan tak lah macam ni kan? anak anda macam ni juga ke? tengok video kat bawah pun anis dah rasa penat..


Tapi, walau macamnapun anis cuba terapkan anak-anak sejak kecil menabung..bukannya apa untuk masa depan dia juga..






Tengok tu..tak berhenti-henti berkelahi..baik yang besar..yang kecil sama je..bila dah jatuh, menangis..macam tu lah hari-hari..agaknya anak lelaki memang macam tu ker? satu hari tak pernah diam..lompat sana..lompat sini..panjat sana.panjat sini..kalau anak perempuan tak macam tu kot? penat rasanya melayan dua-dua hero ni..

gasrtik menyerang..

Dalam beberapa hari ini anis betul-betuk tidak beberapa sihat, gastrik yang dulu sangka sudah pulih kini menyerang semula..semua makanan main bedal je..hari yang mula sakit sebabanya anis makan makanan masam, yang tajam dan pedas..makan nenas masak lemak dengan ikan masin..suami anis dah larang supaya jangan makan tapi anis ni jenis degil sikit tak makan saman orang cakap tak nak dengar tu lah padahnya melawan cakap suami hu..hu..dulu anis pantang, kopi,teh tak minum..jeruk-jeruk atau masam-masam atau makanan yang tajam dan berangin macam nagka anis elakan..tapi baru-baru ni semuanya makan tu yang kena balik..dulu kali terakir masa anis kena dulu masa 8 tahun yang lepas selepas anis dapat ubat dari seorang makcik, tapi mak cik tu sekarang dah pindah tak dapatlah nak berubat dengan dia..masa berubat dulu dia bagi anis makan telur ayam kampung mentah dengan kunyit hidup je campurkan semuanya..mungkin anis kena buat lagi telur dengan kunyit tu agaknya sebab sampai sekarang masih rasa sakit lagi..ubat hospital punmacam tak berapa jalan je..masa artikel ni di tulis pun anis  masih sakit lagi..tapi taklah seteruk dua tiga hari lepas..ni kat bawah ni lauk yang anis masak dan makan bersama suami yang suami anis marah sangat sebab makan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.