assalamualaikum dan salam sejahtera..selamat tengah hari sume..dah tiga hari tak update blog ni..maklumlah sibuk hari tu untuk menyambut ulangtahun kelahiran putera2 kesayangan anis..pada hari ahad lepas 24 Februari 2013..isnin pula oleh dek kepenatan, tak juga up date blog ni..cuma sempat buka FB je semalam ni, baru nak update semula..terima kasih pada rakan dan pembaca yang sudi menjengah blog anis yang tak seberapa ni..kali ini Anis nak kongsi resepi spaghethi sos makeral ala malaysia..resepi ni Anis ubahsuai sikit dengan menggunakan spaghethi yang orang barat selalu buat tu, tapi sosnya Anis gunakan ikan makeral atau sardin dalam tin tu..ala-ala malaysia gitu..spaghethi ni, tak macam spagheti barat tu yang tak pedas dan lebih masam..tapi spegheti ni Anis tambah cili padi merah dan cili merah sebagai bahan asas selain bawang..jom tengok resepinya..memang tak mengecewakan..harap mencuba kelainan ni..:)
1 bungkus spagheti - di rebus dan di toskan
7-8 ulas bawang merah *
2-3 ulas bawang putih*
2-3 btang cili merah*
3 biji cili padi merah* jika mahukan pedas tambah lagi..tapi Anis tak tambah..
sos tiram 2 sudu besar
garam dan serbuk perasa
1 tin sedang ikan sardin atau ikan makerel
air asam jawa dalam 3 -4 sudu besar
sos dalam tin ikan sardin atau ikan makerel
cara membuatnya:
Kisar bahan * tumis dengan minyak, masukkan sos tiram, garam dan serbuk perasa, ikan makerel atau serdin dgn sosnya sekali..ikan tadi, hancurkan sedikit..tp jangan terlebih hancur biar nampak ada ketul2 sikit..Siap..sedia di hidangkan..nak pedas hiriskan sedikit cili padi taburkan di atasnya.. K..selamat menjamu selera :)