Salam Jumaat buat semua..semalam tak sempat nak up date blog Anis ni kerana keadaan tidak mengizinkan..semalam sibuk menyiapkan satu tempahan kek untuk anak rakan yang tinggal di Kerinchi..petang semalam hantar kek tu..itu pun last minit baru bagi tau..nasib baik lah dia minta buat yang simple2 je untuk anak sunti dia..Isya..hepi besday Isya..
Semalam..kek bakul kat atas ni la yang Anis buat untuk Isya itu pun last minit buat..harap berpuas hati ya..
dan semalam sempat juga masak kerabu pucuk paku, ikan goreng dengan kari ayam..masak pun serba sikit..maklumlah orang tk ramai..
Dekat sini Anis nak kongsi resepi kerabu pucuk paku, resepinya seperti di bawah:
Resepi dari: Chef Raizida Hassan
Olahan dari: Anis asliza
1 ikat pucuk paku
50g udang kering- di tumbuk lumat
10 ulas bawang merah-di hiris
5 biji cili padi - dihiris2 (ikut kepedasan masing2)
6 biji cili merah-di hiris
2 sudu teh gula-di hiris
1 biji limau nipis di ambil jusnya
1/2 biji kelapa parut- di goreng kuning dan ditumbuk (bg mewangikan kerabu)
santan sedikit dalam suku cawan - dipanaskan sebentar
Cara membuatnya:
Celur pucuk paku muda, toskan airnya, masukkan kesemua bahan2 di atas gaul rata guna sudu. Sedia di hidangkan selamat mencuba..