Salam sejahtera buat semua pengunjung blog Anis..moga hari ini kalian sihat..dah banyak hari juga Anis tidak menulis blog ni..semput menyerang lagi..cuma sekadar buka FB..nak menaip berjela2 rasa tak larat..nasib baik pagi ni beransur kurang asma yang menyerang..dapatlah anis berkongsi apa2 yang patut di sini sekurang-kurangnya ilmu yang ada tidak terkubur begitu sahaja..Pagi ni sempat juga siapkan sarapan roti telur mayonis untuk Firas bawa ke sekolah sebagai bekal dia..memang itu pebret dia, kalau buat masakan lain dia kurang sikit..bab roti ni..laju je dia..tak makan nasi pun tak apa..
tapi buka ni yang Anis nak kongsi kan di sini..yang Anis nak kongsikan di sini ialah nasi Ayam versi Anis ni..mudah je..
NASI AYAM VERSI ANIS
Bahan A: Buat sup dahulu
Ayam 1/2 ekor kalau ramai gandakan lah ya..
Air secukupnya
Kiub ayam 1 ketul
Cara membuatnya:
Rebus dahulu ayam setenggah masak, lepas tu keluarkan ayam toskan.Ketepikan. Ambil air rebusan masukkan ke dalam nasi dalam 2 cawan setengah
Untuk kuah sup bawang merah 3-4 ulas- di hiris dan di timis
bawang putih 2 ulas-di hiris dan di tumis
halia sebesar ibu jari- diketuk dan di masuk dalam sup
masuk bahan ke dalam kuah sup dan jangan lupa masukkan serbuk lada sulah dan garam dan serbuk perasa secukupnya
Bahan B: untuk nasi
Beras basmathi 2 cawan (4 orang)
garam secukupnya
Air rebusan ayam 2 cawan 1/2
secubit kunyit untuk warna
daun pandan 2 helai di simpul
*halia 2cm
*bawang merah 5 ulas
*bawang putih 2ulas
*bawang besar
***marjerin planta 2 sudu besar Cara membuatnya:
Hiris bahan-bahan di atas yg bertanda* kemudian goreng dan blnder sampai lumat, kemudia masukkan semua bahan di atas dalam periuk.Tanak hingga masak. Bila nasi dah agak nak kering gaulkan dengan bahan bertanda***tutup periuk dan tanak hingga masak macam biasa
Sementara tunggu nasi masak boleh lah kita perap dahulu ayam tu dengan bahan perapan..
Bahan perapan ayam:
Sos kicap pekat 1/2 cawan
sos kicap cair 1/2 cawan
sos tiram 3-5 sudu besar
*bawang kecil 5ulas
*bawang putih 2 ulas
*halia sebesar ibu jari
Cara2nya:
Bahan bertanda* dikisar atau di tumbuk hingga lumat kemudian campurkan ke dalam 3 bahan utama untuk perapan.Perap selama 1-2jam.Kemudian goreng /bakar ikut selera..
Untuk sos cili pula:
Sos cili LIFE secukupnya tambah air masak sedikit kisar dengan bawang putih dan cili merah 1 biji..jangan lupa buang bijinya tau..kisar sekali..
Untuk kicap:
Anis cuma guna kicap cair dan masukkan kuah sup sedikit ke dalamnya..itu sahaja
Hiasan:
Timun,tomato, daun salad secukupnya dan bawang goreng, daun sup, daun bawang untuk aroma supnya..
Bahan yang di gunakan untuk 4-5 orang makan sahaja..jika keluarga ramai bolehlah kawan2 tambah kuantitinya ya..Okey kawan2..selamat mencuba Nasi Ayam Versi Anis..