nasi lemak hijau

Dah lama juga tak buat nasi lemak hijau ni, memang pebret anak2 AA...apa lagi, AA pun masak nasi lemak ni,bila diaorg mkan bertambah2..tak tahulah bertambah sebab sedap ke atau sebab lapar..lebih2 lagi si kecik tu memang kuat makan..asyik2 beli sarapan nasi lemak bungkus je, dah lama juga AA tak buat nasi lemak pebret anak AA ni..kat sini AA nak kongsikan resepi makanan yang menjadi kegilaan anak AA..


NASI LEMAK HIJAU AND THE GANG

Untuk nasi:
 AA guna beras basmathi 1 cawan (cukup untuk 4 beranak makan)
santan 1/2 cawan
air 1/2 cawan 1 inci*
Halia 2inci diketuk
Daun pandan di kisar dengan air yg bertanda*
pewarna hijau jika nak kan hijaunya (untuk kali ini anis tak letak pun)
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
Basuh bers bersih2..masukkan santan halia dan garam secukunya.tanak seperti biasa.

Untuk sambal:
Minyak masak secukupnya
Bawang besar 1 biji- di belah  4 je
Bawang kecil merah 5-6 biji*
bawang putih 2-3 ulas*
Cili merah 2biji*
cili kering dalam 5-6 keping*
Asam jawa secukupnya
belacan dalam sebesar ibu jari*
ikan bilis secukupnya
garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuatnya:
Panaskan kuali, masuk minyak goreng dahulu ikan bilis, ketepikan..dalam minyak yang sama tumiskan bahan* hingga terbit bau..kemudian masukkan bawang dan asam jawa, garam dan serbuk perasa secukupnya..biar kering sedikit..jangan kering sangat..hias dengan kacang tanah, timun, telur rebus/telur goreng..siap selamat mencuba..

p/s: ada tip untuk sambal yang enak lagi..nanti di lain masa Anis kongsikan di sini k..selamat mencuba



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.