Hari tu, masa anis berjalan dengan suami ternampak seorang baby yang baru sahaja lahir dalam beberapa hari..bila tenguk baby tu teringat anis masa hendak mengandungkan anak pertama kemudian anak kedua anis..yang paling anis sukar lupakan masa melahirkan anak anis yang kedua, sebabnya anak kedua ni anis lahirkan secara pembedahan..bukannya kehendak anis untuk lahirkan secara pembedahan tapi anak anis ni ada masalah kerana dah melepaskan hajatnya kat dalam tu..jantung baby pun masa tu tak stabil..bila dah lahir tu, masuk hari kedua, anak anis tidak dapat balik lagi kerana demam panas terus pindah ke suatu bilik khas..masa tu tuhan sahaja yang tahu perasaan anis ketika tu..dengan baby ada wayar kat tangan..menangis je tak henti-henti..kesian anis tenguk dia masa tu..masuk je hari ketiga keadaan dia dah okey sikit dan dia dipindahkan ke wad kanak-kanak..tapi masa kena tahan tu anis dah boleh balik cuma baby je tak boleh kuar lagi..tapi anis tak sampai hati tinggalkan dia untuk balik rumah..jadi anis dan suami bermalam kat hospital..tapi, terus terang anis katakan pada malam tu memang anis tak boleh tidur langsung mengenangkan anak yang sakit..tuhan aje yang tahu..bila tanya doktor kenapa anak anis tiba-tiba je demam..kata doktor paru-paru anak anis dah kena kuman dan kuman itu juga ada dalam darah anis..memang sebelum ni pun anis ada masalah darah dalam badan tidak betul berfungsi..masuk hari ketiga berada di wad kanak-kanak tu alangkah seksanya anis untuk menjaga si kecil tanpa bantuan suami mahupun emak anis..hendak angkat si kecil untuk menyusukan pun sukar..apatah lagi untuk tidur kerana pembedahan tu, tulang belakang anis jadi sengal dan luka pembedahan tu rasa pedih yang amat..malam keempat tu anis menangis sambil telefun suami..sebabnya anis tidak tahan sangat dengan ank asyik menangis tak nak tidur,lepas tu anis sendiri pun sakit tidak boleh bangun..suami anis suruh minta bantuan nurse yang ada kat situ..tapi nurse yang ada kat situ pun susah hendak pangil kerana jauh dari anis..dan anis sendiri pun sukar untuk bergerak..tapi anis gagahkan diri demi anak..bila jumpa nurse tu anis ceritakan masalah anis dan dia terus bawa anak anis ke dalam sebuah bilik..tak tau lah dia buat apa..tapi lepas pada tu, anak anis asyik tidur aje..sebelum tu dia ada juga bagi anis ubat tahan sakit tapi tidak berapa berkesan cuma hilang sikit sahaja..tapi yang menghairankan anis adakah ubat sesuatu yang dia berikan pada anak anis?
fikiran kita..
Salam dan selamat sejahtera buat semua pembaca..okeylah, entry kali ini anis hendak kongsi pada anda apa yang kita fikir dan orang tidak fikir..maksud anis macam ni, bila kita hendakkan sesuatu, kita jarang luahkan kemahuan kita itu pada orang..kita akan bagitau kemahuan kita itu separuh sahaja dan selebihnya kita anggap dan rasa orang yang fikir apa yang ada dalam fikiran kita..sebenarnya apa sahaja kemahuan kita yang kita mahu dari seseorang itu, kita perlu luahkan semuanya, jangan simpan2..orang lain tidak boleh membaca fikiran kita..kalau kita tidak bagitau..
Sebenarnya apa yang anis hendak ceritakan pada anda ialah mengenai kakak ipar anis, ahad yang lalu, saudara sebelah suaminya ada mengadakan kenduri kahwin anaknya dan kami pun di jemput untuk makan kenduri, kakak ipar anis ni dari kelantan dan datang ke KL untuk menghadiri kenduri tersebut di pendekan ceita kakak ipar anis ni telefon suami anis, katanya hendak datang ke rumah anis pada hari tersebut untuk beli batu permata untuk berubat dan tidak pula bagitahu pukul berapa dia hendak datang cuma dia bagitahu dia hendak ke kenduri tersebut dalam kul 12.00 t.hari, sebab masa dia call kami berada di suatu tempat (keluar rumah) dan kenduri tu kami hendak hadiri tapi lewat sikit, sebabnya kami masih kenyang..kami ingatkan tak kisah lah kami pergi kenduri tersebut pukul berapa sebab dia tidak pula janji untuk berjumpa pada kul 12..cuma dia cakap dia hendak pergi kul 12. dari rumah adik pada suami kakak ipar anis, lepas tu dalam kul 2.00 dia call lagi..tanya kami kat mana sebab dia dah lama tunggu kami..panik kami kejap..sebab dia tak ada pun berjanji pukul berapa..mungkin dalam fikiran kakak ipar anis dia nak kami pergi awal, tapi, dia tidak suarakan dan berharap kami faham fikirannya..terjadilah miss comunication..

nak tengok AF ke nak ke laman santai?
Kali ini anis hendak bercerita sikit, hari tu sabtu lalu, anis adalah merajuk sikit dengan suami anis..bukannya apa..kisahnya seorang hendak pergi ke laman santai ada Dato Siti buat persembahan, seorang lagi hendak tengok AF kat Astro..yang anis hendak ke laman santai, tapi suami anis hendak tengok Astro..tapi last sekali baru kami tahu yang Astro AF peringkat akhir hari ahad, bukannya hari sabtu..so nak jadikan citer kami buat keputusan ke laman santai pada malam tersebut, dan hari ahadnya kami tengok AF di Astro tapi, sebelum tu muncung juga anis di buatnya..suami anis tanya apa2 anis wat tak tau jer..last2 dia tanya anis kenapa tetiba anis berubah sikap (memujuk la tu.) anis cuba bagi tau apa yang anis tak puas hati, anis katakan kalau nak tengok Astro, mesti akan ada lagi ulang tayang, tapi show Dato` Siti tak akan ada ulang tayang lagi...tapi pada malam tu,anis dah agak dah Hazama akan menang pada malam tu..tapi suami anis cakap Lena yang akan menang sebab suara dia malam tu menyerlah sikit berbanding lain..tapi anis percaya, masing-masing ada peminat tersendiri..okey..bye..
Happy birthday sayang..
Sebenarnya anis sudah lama hendak masukkan entry ni, tapi tidak kesampaian ada aja yang tidak kena..tapi kali ini anis hendak masukkan juga..ada ke orang baca blog anis ni? kalau ada pun tidaklah sepopular blog yang lain..salah seorangnya blog En Ben..okeylah hari tu birthday suami anis, anis pun tak tau hendak bagi dia hadiah apa..just anis buatkan sikit makanan kegemaran dia iaitu nasi pilaf istemewa ini dia gambarnya..
masa birthday dia pun time suami anis kerja jadi, anis buat ni pun selepas beberapa hari birthday dia iaitu time cuti..ini sahaja yang dapat anis buatkan untu suami tersayang..
masa birthday dia pun time suami anis kerja jadi, anis buat ni pun selepas beberapa hari birthday dia iaitu time cuti..ini sahaja yang dapat anis buatkan untu suami tersayang..
nak tunjuk bagus konon!
Salam buat semua pembaca dan blogger semua..kali ini anis hendak cerita sikit ini bukan pasal orang lain tapi pasal diri anis sendiri..sebagai manusia biasa kita ada kekurangan dan kelebihan masing-masing dan tidak terkecuali anis sendiri..dalam entry yang lepas anis ada menceritakan kisah tentang seorang jiran berhampiran dengan rumah anis yang tidak sehaluan lagi kerana adanya pihak ketiga dalam rumahtangga mereka..tapi kali ini bukan anis hendak cerita tentang hal rumahtangga, tapi hubungan kita dengan masyarakat sekitar terutama jiran tetangga kita..kekadang dalam mengejar arus kemodenan dan mengejar wang ringgit, kita tidak kenal siapa jiran kita..anda kenal jiran anda? Anis percaya, ada yang segelintir masyarakat di luar sana pun sama seperti anis yang tidak mengenal siapa jiran masing-masing..yang anis tahu, jiran anis sebuah dua rumah sahaja..itu pun bukan seisi rumah anis mengenalinya..bukannya apa, anis ni bukan hendak berlagak ke atau hendak tunjuk bagus konon..tapi, anis ni susah hendak mulakan sebuah persahabatan..jika orang lain tidak mulakan..hendak berbual pun tidak reti hendak bualkan apa..lagilah kalau ada kenduri kendara orang anis jarang, malah cuba elakkan untuk pergi..tapi pergi makan bolehlah he..he..he..sebab tu anis ni kurang kawan hu..hu..hu..kesian aniskan? tapi, bila anis fikir-fikir balik sampai bila anis hendak teruskan macam tu..sebabnya suatu hari nanti, mungkin kita akan buat kenduri tidak kiralah kenduri kahwin anak ke,(sempat ke anis erk?) kenduri arwah ke, ada kematian ke, kita memang memerlukan jiran tetangga untuk bantu kita..semalam di tempat anis, jiran anis ada buat majlis kenduri kahwin, tapi dia tempah catering dalam pada masa yang sama dia juga ada masak makanan tambahan sedikit bagi mengelakkan dari berlaku tidak cukup makanan untuk tetamu..jadi anis pun pergi rumah dia dan tolong apa yang patut..anis cuba gak biasakan diri dan tebalkan muka..sebelum tu,jiran anis ada juga suruh anis masak untuk majlis anaknya, tapi anis tolak sebab terlalu ramai sangat, anis boleh masak untuk 200 ke bawah sahaja..sebab sebelum ni anis pernah masak untuk rumah terbuka anis, anis masak sendiri, dan majlis hari jadi anak kawan dan kenduri biasa dalam lingkungan 200-100 ke bawah..lagipun kalau hendak buat catering untuk majlis kahwin, anis tidak cukup alatan lagi..cadang-cadang tu memang ada..kalau ada yang berminat bolehlah emailkan anis di: anisasliza@gmail.com atau sms atau call terus 012-9338608 untuk tempahan nasi beriani, nasi minyak, nasi pilaf, nasi dagang, nasi kerabu dsbnya untuk tempahan sahaja tau..harga anis ni sehingga aidilfitri, kalau hendak buat rumah terbuka, jamuan majlis bertunang, jamuan hari lahir dsbnya bolehlah contact anis untuk tempahan:
harga nasi beryiani dengan dua lauk RM 6.00
harga nasi minyak dan lauk RM 6.00
harga nasi pilaf dengan lauk RM 5.00
harga nasi beryiani dengan dua lauk RM 6.00
harga nasi minyak dan lauk RM 6.00
harga nasi pilaf dengan lauk RM 5.00
| nasi berani dengan ayam masak merah |
| ayam masak merah |
| masak lemak daging berempah |
| gulai daging/ kari daging |
| mee rebus ummph! |
| nasi pilaf meletup! |
| nasi kerabu mertuaku |
| nasi minyak |
| nasi dagang |
| kuetew penang mari |
| nasi beriani wow! |
geramnyer..
kepada yang baru datang ke blog anis, anis ucapkan selamat datang..bagi yang pernah datang (ada ker? he..hee..) janganlah nyesal tak nak datang ke blog anis lagi pulak..kalau boring cakap je lah..anis ni jenis yang open minded..tak kisah nak komen apa..asalkan ikhlas..boleh juga anis perbaiki blog anis ni yang tidak seberapa ni..okeylah dalam entry ni anis hendak cerita, bukannya apa, anis geram betul dengan sikap sesetengah pemandu terutama penunggang motorsikal..bukan semua ya..kadang-kadang pemandu kenderaan juga ada yang sikap memandu tanpa hiraukan keselamatan orang lain..ni yang anis geram ni seorang pemandu motorsikal melanggar lampu merah dan hampir-hampir melanggar pejalan kaki yang lalu di situ..apa salahnya kalau lampu merah berhenti bukan terus sahaja jalan..kalau berlaku apa-apa pada pejalan kaki tadi macamana? katakanlah pejalan kaki tu bawa anak kecil dan terlanggar mereka..kesian..kat anak kecil tu kan? tapi yang nampak tu seorang lelaki yang hampir kena langgar..kat sini anis tak nak certa panjang2 takut ada yang marahkan anis pulak..tapi, anis harap perkara itu tidak berulang lagi..dari penunggang motorsikal, kereta,lori dan sebagainya..keselamatan kita dan orang lain juga penting..okey salam dari anis untuk semua 1 Malaysia.
jumpa orang asli?
Salam buat semua pembaca, n3 kali ini anis hendak ajak korang ke rumah orang asli..nak tak? anis jumpa orang asli ker? sebenarnya semalam anis bawa budak-budak tu berjalan dengan atoknya ke pameran orang asli di muzium..selain tu ada gak pameran zaman dahulu masa perang dan zaman sekarang..tapi, bila pergi sana anak sulung anis menangis hendak tangkap gambar dengan ular sawa dekat sana..bukan anis tidak bagi dia tangkap gambar sama, tapi sebelumni dia sudah pernah pegang ular tu sendiri dan tankap gambar ramai-ramai..tapi kali ini dia hendak tangkap gambar sorang-sorang dengan ular tu pulak..tapi anis tak bagi..puas jugalah pujuk dia supaya jangan menangis..sebab anis katakan pada dia nanti kita akan pergi bersama ayahnya pula..sebab semalam ayahnya tidak ikut sekali sebab kerja..ini antara yang dapat anis snap..
Selepas kitaorang pergi muzium, kami jalan kaki memanjat tangga ke planetarium negara pula..dulu anis ingat hendak masuk mahal.. sebenarnya taklah mahal sangat dalam sekitar RM 1.00-3.00 sahaja seorang.. ini gambar yang sempat anis tangkap untuk korang..
Penat juga rasanya semalam berjalan..sampai anak anis yang kecik pun tertidur atas bahu anis..kesia juga tengok dia..yang sulung mula mengamuk penat..nasib baik anis pun tak mengamuk hi hi hi..

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp tod
jom join churp2 ramai2 untuk tabung sekolah anak anis..sekurang-kurangnya dapat tambah kenalan dan rakan suka dan duka..tak rugi..jom join anis sekali boley?
Hari itu anis sekeluarga pergi berjalan menziarah bapa anis di Selangor, sudah lama juga kami tidak jumpa bapa anis dan keluarganya..anis rasa agaknya sudah berbulan jugalah..anis betul-betul merajuk dengan bapa anis..kerana sehingga kini dia perlekehkan suami anis..dia hendak menantu yang kaya..suami anis ni apa aje yang ada..kereta pun kereta cabuk katanya..tapi, anis dapat tahu pun bapa anis cakap macam tu dari isteri bapa anis sendiri..tak tahulah betul atau tak..tapi masa anis pergi jumpa dia hari itu, kami dah pun tukar kereta..kereta pun bukan kereta baru..kereta second hand je..itu yang kami mampu setakat ini..sebenarnya anis hendak tunjuk pada bapa anis..dan harap jangan dia perlekehkan kami lagi..anis tak tahulah agaknya anis ni jenis lembut hati..walau bapa anis sudah tidak bersama dengan emak anis lagi, anis masih boleh pergi berjumpa dengannya..tapi tak taulah kalau orang lain macam anis juga ke? masa emak anis berpisah dengan bapa anis dulu tergamak bapa anis menghalau mak anis keluar dari rumah..bayangkan perempuan pulak yang kena keluar..jika apa-apa berlaki\u pada mak anis masa tu macamana? tergamaknya bapa anis menceraikan mak anis dengan talak tiga sekaligus..betapa bencinya bapa anis pada mak anis masa tu kerana menghalang hubungan dia dengan isterinya sekarang tapi itu semua cerita lama..mak anis pun dah berkahwin lain dan perkahwinan dia anis harap berkekalan..doakan untuk mak anis ya..
kena kacau?
Salam buat semua.. hari ini anis rasa tension..maklumlah sudah beberapa hari anis kurang tidur..kurang tidur buka kerana anis berchating atau pun melayari internet..tapi anis telah di ganggu oleh seseorang..siapa lagi suami anis..geram pun ada..tengah-tengah malam terjaga..hah..hah..jangan fikir bukan-bukan pulak! suami anis kacau anis bukan untuk tu..tapi suami anis ini tidur berdengkur..jadi anis hendak tidur pun tak dapat..sampai pagi..dia sedap je tidur..hee..geram betul anis..apa boleh buat? sabar jelah..kata orang tua, kalau hendak kurangkan dengkur minum susu campur dengan badam yang sudah kita hancurkan..tapi suami anis ni tidak boleh minum air yang di campur badam sebabnya dia ada gaot..kalau ada penyakit gaot ni sebarang kekacang pun tidak boleh makan..kalau hendak makan juga memang cari nahaslah..jadi sekarang ni cuma dia amalkan makan celery dalam bentuk pil dan bila sudah kena tu dia makan pil cochicine sahaja..
terima kasih..
Salam buat pembaca dan semua blogger..terlebih dahulu dekat sini ingin anis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca dan blogger yang sudi ke halaman anis yang tidak seberapa ini..di kesempatan ini juga anis ingin mengucapkan "Selamat Hari Ibu" buat wanita yang bergelar ibu, mama, umi, emak iaitu orang yang melahirkan kita dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang tanpa dia, tiadalah kita di muka bumi ini..orang yang bersekang mata menjaga kita dari tangan kita sebesardua telapak tangan, besarnya pengorbanan seorang ibu, menahan sakit ketika mengandung dan saat melahirkan..betapa mulianya seorang wanita yang bergelar ibu sangup pertaruhkan nyawa demi anak yang di kandung..teringat anis ketika saat anis ingin melahirkan anak anis yang pertama dan kedua memang sakit hanya tuhan sahaja yang tahu..semasa mengandung anak anis yang pertama, anis sukar untuk berjalan dan berjalan pun berpapah oleh suami anis untuk ke mana-mana..nasib baiklah suami anis sabar kalau tidak tak tau lah...selepas bersalin dapat anak pertama, anis katakan selepas bersalin anak pertama ini, tak nak mengandung lagi kerana serik..tapi serik-serik pun dah dua orang sekarang ini..sekarang dah dapat anak,baru kita tahu betapa sukarnya emak kita menjaga kita semasa kecil dahulu, semasa belum kahwin kita tak merasa itu semua..sekarang ini baru kita tahu..pahit manis sentiasa ada bila membesarkan anak kita..Salam.
4 jahitan..
Petang tadi anis keluar berjalan ke taman bawa budak-budak tu berjalan..penat juga melayan karenah anak yang meningkat naik..si kecil sudah pandai berjalan..dia tengok si abang bermain gelongsor dia pun ikut hendak bermain sama..sedar tidak sedar sekejap sahaja masa berlalu..walau penat macamana sekalipun tapi rasa seronok tengok anak membesar depan mata kita sendiri..anak anis yang kecil sekali ini sekarang ini kuat mengigit..kadang-kadang tu depan orang anis boleh menjerit..sebab tiba-tiba sahaja anak anis gigit anis..rasa malu juga..kalau tidak anis yang kena, ayahnya atau abangnya..
Hari itu, anis terima panggilan suami anis dari tempat kerja..setenggah hari tu, anis off kan handphone sebab tengah cas..tengah harinya anis baru on kan balik..tetiba anis terima call dari suami katanya dia di hospital..anis tak sangkalah ingatkan dia lalu di kawasan hospital sebab tempat kerja dia pun berhampiran dengan hospital..tapi katanya dia berada di bahagian kecemasan..dia tengah luka..sebab kemalangan..terkejut betul anis..anis tanya macamana boleh berlaku siapa yang langgar? tapi katanya bukan kemalangan kereta tapi kemalangan semasa dia berjalan kaki ke masjid, dia terlanggar penghadang tangga yang melintang atas kepalanya..iaitu tangga telekom tempat orang pijak untuk panjat..dekat situ ada satu bucu tajam, masa jalan pun dia tidak pandang depan..jalan cuma pandang bawah sahaja..lepas itu dia jalan hendak cepat menuju masjid untuk solat jumaat..tiba-tiba benda itu ada depan..tidak sempat dia mengelak..kena 4 jahitan juga..kesian husband anis..dia cerita sambil berjalan kepalanya banyak keluar darah..ramai orang tanya dia dan berasa hairan tengok suami anis..bila orang tanya suami anis kemalangan jalan kaki..ada yang tersenyum sahaja dan ada yang bersimpati..

kena gaot?
Hari ini anis bosan betul tak tau nak masak apa..nasib baiklah suami anis ni tidak memilih makan ..makan apa sahaja yang di masak..tetapi pantang sikit..dia ni tidak boleh makan makanan seafood..sebab dia ada gaot..gaot ni pantang sekali kalau makan makanan seafood, makanan dalam tin seperti sardin dan seumpamanya..tapi sardin itulah yang anis suka..terutama sambal sardin..fuhh...terangkat..mak mentua lalu pun tak sedar..dah lama betul tak makan..hendak masak, anis seorang sahaja makan..sardin itu pun kegemaran suami anis juga..kalau pergi ke rumah emak anis, kadang-kadang tu dia masak sardin, suami anis apa lagi..dah tak ingat sakit lagi..bedal aje..terutama siapa lagi..anislah..siapa lagi..tapi kali ini anis hendak masak sambal udang dengan petai..ini pun sudah lama anis tidak masak sambal udang dengan petai..tak apalah sekali sekala..bukan selalu pun..itu pun suami anis dah mengadu kakinya sudah sengal-sengal..siapakah yang salah? he..he..hee...
Bahan-bahan:
Udang besar 1/2 kilo
Petai 2 papan
Cili boh/ cili kering 7-8 batang
Serai 2 batang
belacan sedikit
Bawang besar 1 biji
Bawang Putih 2 ulas
Halia 1 inci
sedikit kunyit hidup
Air asam jawa secukupnya
Gula merah secukup rasa
Garam dan serbuk perasa
Cara membuatnya:
Kisar bawang besar, bawang putih,. halia, kunyit hidup dan belacan. Panaskan minyak, ketuk serai dan tumis serai biar wangi, masukkan bahan yang di kisar, tumis hingga garing kemudian masukkan air asam jawa, petai, gula merah, udang, garam dan serbuk perasa secukupnya.
Dekat resepi ini anis gantikan gula pasir dengan gula merah..bahan-bahan lain seperti biasa..kalau suka letakkan sos tiram sedikit untuk kelainan..itu pun jika suka..okey bye..jumpa lagi lain kali cerita mengenai 4 jahitan..

romantik ke atau?...
Hari itu selepas husband anis balik daripada mengajar KMK di Langkawi, selang dua tiga hari dia tiba-tiba sahaja cakap dengan anis " aku tidak pernah penat..aku tidak pernah lelah..untuk mencintaimu hingga ke akhir hayat"...tak pernah dia ucapkan kata-kata tersebut pada anis selama kami berkahwin..terkedu anis mendengarnya..sebab selama ini pun yang dia pernah ucapkan "abang sayang za"..selain daripada itu tidak pernah pun dia berjiwang-jiwang ni..perubahan ini adakah dia benar-benar dari hati atau sebaliknya? hanya Allah sahaja yang tahu isihatinya..mungkin dia terasa rindu kot...husband anis ni jenis sentimental sikit..kalau berjauhan dengan isteri dan anak-anak dia akan rasa sunyi..begitu juga dengan anis..sebab tempat yang kami kunjungi di Langkawi meninggalkan kenamgan manis buat kami sekeluarga..sebab itu bila lalu di sesuatu kawasan atau pergi ke suatu tempat akan mengingatkan kenangan kami bersama..ini adalah salah satu gambar kenangan kami yang kami simpan untuk tatapan korang..
dekat bawah ini adalah antara gambar-gambar yang kami ambil semasa ke port dickson untuk sambut hari kelahiran anak sulung anis tahun yang lalu..
dekat bawah ini adalah antara gambar-gambar yang kami ambil semasa ke port dickson untuk sambut hari kelahiran anak sulung anis tahun yang lalu..
cerita tv?
Langgan:
Catatan (Atom)
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.