Sedar tak sedar sudah setahun 7 bulan dah anak anis yang kecil..dah mula bercakap sikit-sikit..perkataan yang mula dia sebut abu..(ibu)kemudian yah, (ayah) cicak,air, nak, tapi kebanyakkannya sebut hujung-hujung je..rasa terhibur dengan telatah dia..saat-saat yang membahagiakan bila membesarkan anak-anak..anak-anak korang pula camner? best tak? saat apa yang menghiburkan? boleh kita kongsi bersama? Tengok anak kita membesar di depan mata kita sendiri, perangai dia, ketawa dia..dulu sebelum dapat anak sunyi sepi rumah Anis..sekarang..macam tongkang pecah di buatnya oleh dua beradik ni..tapi terhibur..walau pun ibunya ni tiap-tiap hari macam tarzan terpekik terlolong..itulah setiap hari..itulah kehidupan..bila diaorang sudah sekolah rendah atau menengah lagilah sunyi nanti..lagilah kalau diaorang dah bekerja atau berumah tangga nanti..ish ke situ pula Anis kan lambat lagi ya tak? Apa pun kita rasa bahagia bersama anak-anak dan suami kita kan..merekalah segala-galanya dalam hidup Anis kini dan selamanya..

menconteng kaki sendiri

menconteng dinding
But now Anis berada di Cameran mengikuti suami Anis mengajar kumpulan KMK di sini..ni antara gambar yang sempat tangkap ketika singgah sebentar di deretan kedai tepi jalan sebelum menuju ke tempat penginapan kami tapi bukan ni aje..ada lagi tau..tunnnnggguuu...


strawberry coklat

nyum..nyum

makan strawberry

sedap taw..

Lagu..

Salam buat semua pembaca..hari ini Anis rasa happy sangat kerana hari ini adalah birthday Anis..Anis happy bukan kerana Birthday tu sangat, tapi kerana ingatan suami Anis pada Anis iaitu ucapan paling berharga bagi Anis " HAPPY BIRTHDAY" YANG..walau pun birthday kali ini tanpa hadiah sekurang-kurangnya ingatan itu lebih baik dari segalanya..Anis fikir tiada lagi ucapan dari husband tapi ternyata dia masih ingat..bukannya apa dalam beberapa hari ini dia begitu sibuk kerana dia telah pun bertukar kerja di tempat lain dan bebana kerja pun bertamabah dari hari ke hari dan masa untuk bersama keluarga pun agak kurang..tapi, Anis harap perkara tu sekejap sahaja..kalau berpanjangan nampaknya Anis kesunyianlah..cuma ditemani anak-anak sahajalah..tapi dalam pada itu, dia sempat tujukan satu lagu untuk Anis iaitu lagu Anuar Zain "Sedetik Lebih"..jom kita start felling jap..


Amacam? best tak? tak tahulah bagi orang kat luar sana..mungkin ada yang suka dan tidak kan terpulanglah..masing-masing ada pilihan artis sendirikan? sebenarnya kalau dengar betul-betul lagu ni, memang dia ada kena mengena dengan Anis sebab tu suami Anis tujukan lagu ni untuk  isterinya..harap anda terhibur bye..jumpa lagi..


1 malaysia

Semalam Anis tak ketinggalan untuk memeriahkan lagi 1 Malaysia..ramai betul orang menyaksikan perarakan tu..anda pergi tak? tapi dalam pada tu memang Anis cukup geram dengan segelintir orang yang pentingkan diri sendiri sahaja tanpa menghiraukan orang lain yang berdiri di belakang, kalau dah berdiri depan orang tu pandai2lah duduk..orang lain hendak tengok juga perbarisan dan perarakan tersebut..ni tidak, datang lambat terus tercongok depan orang..yang berdiri kat depan tak reti2 hendak duduk..fikirlah orang lain sikit..ni tidak..sorrylah anis membebel sikit kat sini..geram...tapi walau macamana pun Anis rasa tahun ni tidak berapa best sangat persembahan mereka berbanding yang lepas-lepas sebab persembahan tersebut banyak di buat di hadapan pentas..orang ramai pun hendak tengok juga, kalau yang datang dari jauh tu hendak tengok macamana? tak ke kesian? nasiblah Anis ni dari K.L juga..kalau tidak mengamuk gak Anis he..he.. acah je.. okeylah walau macamanapun salam 1 Malaysia untuk semua rakyat Malaysia..Malaysia Boleh!
Salam Aidilfitri buat rakan-rakan blogger dan semua pembaca..Kali ni baru Anis sempat update blog anis yang tak seberapa nih..Walaupun Ramadhan telah jauh meninggalkan kita dan Aidilfitri sudah kian lama menjelma..tapi Anis masih rindukan Ramadhan..pada bulan itulah kita dapat beramal dan pahalanya berlipat gandanya..bila fikir pahala dosa kita, rasanya banyak dosa kita dari pahala kita..bersediakah kita bila ajal menjemput kita? Sebab tu Anis takut Ramadhan akan datang bolehkah kita ketemu Ramadhan lagi akan datang? Kita tidak tahu bilakah ajal akan menjemput kita..Bersiap sediakah kita? Atau kita terus leka dengan dunia? Bila Ramadhan ramai berebut-rebut untuk dapatkan pahala yang extra tapi bila Ramadhan berlalu semua itu tidak di endahkan..sepatutnya tidak kira Ramadhan atau tidak kita terus kan beramal jangan tunggu Ramadhan baru kita beramal..Hari itu semasa hari Raya Anis balik ke kampung suami anis kiranya dalam sebulan tu dua kali balik jugalah..sebabnya bapa mertua Anis tidak berapa sihat kerana uzur..semuanya dia uruskan oleh mak mertua tiri..jalan pun tak boleh cuma mengensot sahaja, makan bersuap, mandi dan membuang semua di uruskan oleh orang (mak mertua tiri) bila Anis dan suami pulang ke kampung, suami dan Anis yang membantu uruskan keperluannya..Bila tengok keadaannya yang agak uzur tu, Anis terfikir kita bukan selalu muda..suatu hari nanti kita pasti akan menjadi tua.., bila kita sudah tua dan uzur adakah anak-anak kita akan jaga kita sama macam kita jaga mereka? Sekarang kita sayang mereka bagai menatang minyak yang penuh..bila dia dah besar panjang bolehkan dia jaga kita bila kita dah uzur dan tidak berdaya nanti? Adakah mereka akan tinggalkan kita di rumah orang-orang tua? bila di fikir-fikirkan Anis jadi takut jika sudah dewasa sikapnya akan berubah dan buang ibu bapanya..tapi kata orang kalau kita buat pada ibu bapa kita, suatu hari nanti anak-anak kita akan balas balik apa yang kita lakukan pada ibubapa kita dulu..setiap perbuatan ada balasannya..okeylah Anis malas nak berceloteh panjang2 nanti jemu lak orang membacanya..walau apapun Anis ucapkan Selamat Hari Raya buat semua umat Islam..makan kuih raya jangan lupa kat Anis ;)

giliran siapa pula ni..

Salam ramadhan..Anis rasa sayu bila bulan ramadhan ni, terutama bila ramadhan akan berakhir tidak lama lagi..syawal pula akan menjelma..entah bila lagi kita akan bertemu bulan ramdhan ini lagi..sebab kita tidak tahu adakah esok kita masih di bumi Allah ini..kita tidak tahu, hari ini kita bersama keluarga kita gelak tawa bersama..entahkan kejap lagi atau berapa jam lagi kita sudah di alam lain..bila fikir pasal mati, terus terang Anis belum bersedia lagi..banyak dosa yang kita sudah buat..rasanya..walau tidak sebesar mana pun kita tetap ada dosa..mungkin pada kedua orang tua, kawan-kawan saudara mara pada Allah..

Ramadhan di Kelantan..

Salam ramadhan buat semua umat Islam dan selamat petang..sekarang ini anis sudah dua minggu juga tidak update blog anis ni..bukan nya anis hendak menyepikan diri tapi hari itu, anis terpaksa pulang ke kampung suami di Kelantan kerana bapa mentua anis tidak berapa sihat..rancangan pada awalnya kami hendak pulang beraya di kelantan..tapi nampak gayanya rancangan terpaksa di tukar..kerana kami sudah balik awal dari jangkaan..mungkin kami akan beraya di K.L atau Johor atau pun di sebelah utara kampung bapa anis..kami pun tidak lam juga di Kelantan..dalam lima hari sahaja, selepas menghantar bapa mentua ke klinik berbayar selang beberapa hari bapa mentua pun sembuh sedikit dan kami buat keputusan balik, tapi kami tidak terus balik ke K.L. kami singgah ke Rantau Panjang dan ke Mundok iaitu sempadan Thailand dari Rantau Panjang Menyeberang sungai  menaiki perahu ke Mundok.. Pada sebelah malamnya pula kami bermalam di rumah kakak ipar anis di  Machang selama dua hari lepas tu kami terus balik ke K.L..selama dua hari itu juga sempat juga anis merasa makanan Thailand yang tiada di tempat sendiri yang anis rasa agak pelik sedikit berbanding yang lain antaranya kerabu sala di Thailand, keladi sira,Air kurma, Kuih hitam, Pulut Ayam, Air kelapa bersama nangka, di Rantau Panjang, kuih musang berjangut pula di Bentung manakala dodol kukus, bingka lobak anis beli dalam perjalanan balik ke K.L..ni antara gambar-gambar yang sempat anis rakam ketika di sana..













Ini adalah gambar yang kami ambil semasa menyeberang Thailand dan gambar bersama askar/polis di sana..






selamat berpuasa buat umat islam..

Syukur ke hadrat Illahi..diam tidak diam setahun pun sudah berlalu dan kini kita menyambut bulan ramadhan sekali lagi..mudah-mudahan tahun-tahun yang akan datang kita akan menyambutnya lagi..pada umat islam anis ucapkan selamat berpuasa okey..dalam berpuasa ni ramai yang tidak ketinggalan untuk beribadat pada yang maha Esa..dan ada juga yang menambah duit raya..dengan berniaga..betul tak? Tapi di kesempatan itu juga anis pun tidak ketinggalan selain mengadakan khidmat katering dan menjual kerepek serba sedikit..semalam anis buat apam pokedot untuk anak-anak tersayang..apam ni perlu kesabaran juga nak buatnya..sebab yang susahnya dot-dotnya tu..inilah apam yang anis sediakan untuk anak anis..tetapi tinggal ciput je..anak anis yang sulung dah ngap awal-awal..yang si tenit tu baru ngap sebiji, yang abangnya dah lima enam biji..hu..hu..hu..tak banyaklah yang dapat snap kat sini..




Inilah hasilnya..apam dot-dot atau apam pokedot anis ni..cantik tak he..he..he..apam ni selain buat untuk anak-anak kita boleh juga buat untuk raya nanti..atau bagi pada keluarga mentua ke..kalau tak pun untuk hantaran kahwinatau bertunang pun boleh..

busy..busy..busy..

Dalam beberapa hari yang lepas anis tidak berkesempatan untuk menulis blog ni kerana anis buat kerepek popia sira atas tempahan kawan-kawan..bila ingatkan puasa sudah tidak lama lagi, macam-macam fikir dalam kepala ni..bila dah banyak fikir mulalah berserabut otak anis ni..atas kesibukkan anis pada hari-hari yang lepas, dekat sini anis sertakan gambar jika ada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan kerepek anis ni bolehlah hantarkan email anis anisasliza@gmail.com atau lebih senang bg tau je kt shoutbox yang ada kt sebelah tu..kalau hendak hubungi anis pun boleh terus sms kan aje kat 012-9338608 okey..murah aje tau..sedia di hantar ke rumah anda (kawasan kuala lumpur shj) lain-lain kawasan kita akan hantar mengunakan pos laju dan cas tambahan akan dikenakan (cas pengeposan) ;)


5S?

Dah lama juga anis tk update blog kesayangan anis ni..tapi, walau sayang-sayang, terasa nak undurkan diri dalam penulisan ni..kadang-kadang rasa membazirkan waktu untuk benda-benda macam ni..tapi bila di fikir-fikir balik, dekat sinilah tempat untuk anis luahkan segala rasa gundah gulana, suka duka anis di sini..tapi anis percaya setiap apa yang kita tulis tidak semua yang suka pada penulisan kita dan tidak kurang juga ada yang suka (ya ke?) masing-masing ada penilaian yang tersendiri kan? Okeylah dekat sini anis tak nak membuang waktu anda untuk membaca penulisan anis ni, cuma dekat sini anis hendak sambung balik cerita yang dah dua minggu rasanya anis tidak tulis iaitu tentang kemas rumah cara 5S..apa itu 5S ada sesiapa yang tahu?

5S
S1 - seiri (Sisih)
S2 - seiton ( susun )
S3 - seiso ( Sapu )
S4 - seiketsu ( seragam)
S5 - shitsuke ( sentiasa amal )

Dalam 5S ni kita boleh buat bukan sahaja di pejabat-pejabat malah di rumah, kereta dan sebagainya, caranya ialah pertama kita kena pilih barang mana yang di perlukan dan tidak diperlukan, yang tidak di perlukan kita asingkan, kedua barang yang masih perlu atau boleh digunakan kita letak di tempatnya..jangan pula kita letak barang yang ada dekat dapur kita letak dalam bilik tidur atau ruang tamu..contohnyalah..barang yang kita sentiasa guna letakkan tempat yang mudah kita ambil..jangan dah guna sesuatu barang tu kita letak merata-rata tempat..bila hendak cari balik, kan susah? sediakan tempat khas untuk sesuatu barang itu. Ketiga kita sudah agihkan mana yang perlu dan tak perlu, kita bersihkan pula tempat tersebut..dan kalau yang ada anak dah besar panjang bolehlah aturkan giliran supaya bersihkan tempat tersebut hari-hari..itu faktor seragam iaitu seiketsu sama-sama jaga kebersihan dan tempat barang itu di jaga..dan yang ke lima sentiasa amal iaitu jangan hari ini kita buat lapas dua tiga hari selepas tu tinggalkan amalan 5S tu..naaanti jadi macam sediakala lah tidak berubah langsung..sekarang tepuk dada tanya selera hati ;) okey..jumpa lagi di lain hari.. salam sayang dari anis..

kemas rumah buat macam 5S

Semalam anis sibuk sikit buat tempahan makanan daripada seorang kawan untuk mengadakan parti hari jadi anaknya pada tengah hari tadi..semalam siapkan bahan-bahan masakan..semuanya anis buat bersama suami..dia tempah tak banyak cuma mee kari dan kuih muih sahaja..walau pun suami membantu, tapi terasa penatnya juga..anis pun tak lama, hantar sahaja makanan yang di order, terus balik..lagi pun badan masih belum betul-betul sembuh..dah kena gastrik, demam pula..tapi alhamdulilah taklah teruk demamnya..lepas balik kemas rumah apa yang patut..anis cuba kemas cara 5S..nak tau apa itu 5S? nanti akan datang anis ceritakan tentang 5S ni pada sesiapa yang tak mengetahuinya lagi..k..
Bila di fikir-fikir, zaman anis hidup berkeluarga susah..anis tak mahu anak-anak anis hidup dalam kesusahan..sejak dari tu anis berazam tanamkan semangat untuk anak-anak anis menabung dari kecil lagi..supaya diaorang jangan hidup macam mak bapa dia..sekurang-kurangnya diaorang ada simpanan sendiri..manalah tau kan..esok dia dah besar nanti pelajaran dia boleh pergi jauh iaitu untuk sambung pelajaran, sekurang-kurangnya ada juga simpanan..secara tak langsung bagi diaorang belajar berjimat bukan jadi pemboros..tapi banyak yang anis nampak zaman sekarang ni, nak belanja sikit minta mak bapa..tak boleh nak berdikari sendiri..harapkan orang tua sahaja..diaorang langsung tak tau macam mana susahnya mencari duit..yang diaorang tau minta aje..tapi ada juga yang pandai mencari duit poket sendiri tanpa bantuan mak bapa lagi..kadang-kadang tu nak sambung belajar pun cari duit poket sendiri..yang tu buat anis bangga kalau ada orang yang macam tu..ada tu pulak..mak bapa bagi duit untuk belajar tapi guna untuk  kepentingan sendiri..mak bapa kat kampung penat lelah mencari duit untuk anak kesayangan tapi di sia-siakan..tak ke haru? itulah salah satu kepentingan, zaman sekarang ni..semua memerlukan duit..Duit..duit...duit..
Hari ni anis tak ke mana-mana..duduk rumah je..tak tau nak masak apa..cuma hari ni masak asam pedas, sayur kacang, ikan masin dengan sambal gesek..hari ni buat asam pedas pun tak berapa pedas..sebabnya anis masih sakit lagi..tak boleh makan yang pedas-pedas..sekarang ni time makan ke ikut jadual tak boleh melambat-lambatkan waktu makan..nanti gastrik bertambah parah..jika dah parah..faham-faham je lah kata orang akan kena apendik pula..takut juga anis di buatnya..sebelum ni memang anis time makan memang tidak menentu..bila dah betul-betul perut pedih baru makan..sebenarnya tak boleh amalkan macam tu..kalau tidak jadi macam anis nilah bila dah sakit tu, nak baring pun tak boleh nak bangun pun tak boleh..serba serbi tak kena..fuh..sakit..sampai uwek uwek la..macam mengandung pula..bila badan tengah tak sihat ni, anak pula wat hal..panjat sana..panjat sini..lompat sana..lompat sini..geram betul tengoknya..menghilangkan kesabaran je..nasib baik anis cepat-cepat beristifar..jom layan video ni jap..

Tengok tu..tiap-tiap hari macam tu..tak pernah penat..lompat sana..lampat sini..panjat sana panjat sini..penat melayan dua-dua hero..agaknya kalau anak perempuan tak lah macam ni kan? anak anda macam ni juga ke? tengok video kat bawah pun anis dah rasa penat..


Tapi, walau macamnapun anis cuba terapkan anak-anak sejak kecil menabung..bukannya apa untuk masa depan dia juga..






Tengok tu..tak berhenti-henti berkelahi..baik yang besar..yang kecil sama je..bila dah jatuh, menangis..macam tu lah hari-hari..agaknya anak lelaki memang macam tu ker? satu hari tak pernah diam..lompat sana..lompat sini..panjat sana.panjat sini..kalau anak perempuan tak macam tu kot? penat rasanya melayan dua-dua hero ni..

gasrtik menyerang..

Dalam beberapa hari ini anis betul-betuk tidak beberapa sihat, gastrik yang dulu sangka sudah pulih kini menyerang semula..semua makanan main bedal je..hari yang mula sakit sebabanya anis makan makanan masam, yang tajam dan pedas..makan nenas masak lemak dengan ikan masin..suami anis dah larang supaya jangan makan tapi anis ni jenis degil sikit tak makan saman orang cakap tak nak dengar tu lah padahnya melawan cakap suami hu..hu..dulu anis pantang, kopi,teh tak minum..jeruk-jeruk atau masam-masam atau makanan yang tajam dan berangin macam nagka anis elakan..tapi baru-baru ni semuanya makan tu yang kena balik..dulu kali terakir masa anis kena dulu masa 8 tahun yang lepas selepas anis dapat ubat dari seorang makcik, tapi mak cik tu sekarang dah pindah tak dapatlah nak berubat dengan dia..masa berubat dulu dia bagi anis makan telur ayam kampung mentah dengan kunyit hidup je campurkan semuanya..mungkin anis kena buat lagi telur dengan kunyit tu agaknya sebab sampai sekarang masih rasa sakit lagi..ubat hospital punmacam tak berapa jalan je..masa artikel ni di tulis pun anis  masih sakit lagi..tapi taklah seteruk dua tiga hari lepas..ni kat bawah ni lauk yang anis masak dan makan bersama suami yang suami anis marah sangat sebab makan..

gastrik menyerang..

Sebenarnya dah lama gak anis tak kena gastrik ni, dulu masa kena pun 8 tahun yang lepas..ni baru kena balik..cuma silap sikit je..makan nenas..suami anis dah larang jangan makan..tapi anis ni degil gak..tak dengar kata suami..ha..tu la melawan kata suami tu lah padahnya..hu..hu..hu..beberapa hari tersadai kat rumah..masa artikel ni di tulis pun anis masih sakit juga tapi sudah berkurangan..masa last sakit dulu anis berubat dengan seorang mak cik tu, dia bagi anis makan telur dengan kunyit, pastu okey..sampailah sekarang baru sakit balik..gara-gara

hormati hak orang lain!

Hari itu, anis ada ceritakan pasal kakak ipar anis datang ke rumah dan ..di mana tempat dan masa untuk kami berjumpa tidak di ceritakan betul-betul..kakak anis ni datang dari kampung untuk tengok cincin dan batu dalam simpanan kami selama ini, dia hendak minta sebutir batu untuk di buat ubat katanya..jadi, suami anis ni cakap, datanglah pilih sendiri batu yang macamana, sebab kami ni memang banyak menyimpan batu permata dan pelbagai bentuk  sebagai hobi semata-mata..untuk di pendekkan cerita, kakak ipar anis ni bawalah adik pada suaminya,isteri adik suaminya,dan juga suaminya sendiri, datang untuk ambil sebutir sahaja batu yang hendak di buat ubat, tapi yang tak sakit pun ambil juga..dalam sehari datang dua kali datang untuk ambil cincin yang dalam simpanan kami tu..masa mula datang tu ambil batu yang nak buat berubat tu, datang kali ke dua pada hari yang sama ambil dua cincin milik suami anis..datang main ambil je pastu terus keluar rumah sambil lalu "aku ambil ni ya"..tak tau tuan rumah  sayang ke tak..buat macam dia punya barang pulak! ada ke jenis orang macam tu? geram pun ada..tak boleh nak kata apa dah..nak kata tak bagi, dah bawa kuar rumah..diam je la..tapi dalam hati sakit gak..jangan la anggap barang orang barang kita juga..hormati hak orang lain..

bergusti?

Salam buat semua.. kali ni anis hendak kongsi video di mana anak anis bergusti dengan abangnya..ni lah videonya

bergusti dan mengigit..


ni pulak video si kecil baru bangun tido..kita layan dulu..zasss...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.