resepi keropok lekor

RESEPI KEROPOK LEKOR

asalamualaikum kawan2 dan rakan2..selamat tengah hari..entry kali betul2 pendek je, kali ini Anis nak share resepi cara membuat keropok lekor sendiri di rumah..resepi ni Anis pernah buat suatu ketiki dahulu semasa anak Anis yang besar umur 2 tahun lebih..memang dah lama..tp alhamdulilah resepi ni Anis masih lagi menyimpannya dengan baik..Harap2 ianya membantu kepada sesiapa yang ingin mencuba resepi ini.. gambar pun Anis tkde untuk paparkan di sini..sebab masa tu belum lagi berjinak-jinak dengan blog atau fb..jadi tak terfikir pun untuk menangkap gambar..oklah ni antara bahan-bahannya:

KEROPOK LEKOR

1 kg ikan kembong / selayang
200g-250g tepung kanji atau tepung sagu
garam secukupnya
sedikit air
air untuk merebus
minyak untuk mengoreng

Bahan untuk sos keropok:

2 cawan air
1 cawan gula merah
3 sudu pes cili
60ml air asam jawa
2cm belacan
sedikit garam

Cara buat:

Asingkan tulang ikan dengan isi ikan. Kisar isi ikan hingga hancur. Campurkan isi ikan tadi dengan tepung kanji dan garam.Uli sebati dan bentukkan memanjang.Kemudian jerang air hingga mendidih masukakn  keropok tadi rebus hingga timbul.Angkat dan toskan.Hiris nipis dan goreng. Siap.. selamat mencuba

ohh lupa pula..untuk sos pula, jerang kesemua sekali hingga mendidih, perlahankan api, biarkan pekat dah pekat sikit angkat..pastu...apa lagi..makan lah sedap panas2..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.